· Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ia bermakna bahawa darah anda sedang mengalir melalui jantung dan saluran darah anda dengan sukar atau terlalu banyak tekanan.
· Tekanan darah tinggi tidak mempunyai gejala yang jelas dan ramai orang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya.
· Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai risiko strok dan penyakit Alzheimer.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi, adalah suatu keadaan yang sering melanda mereka yang mempunyai diabetes jenis-2. Tidak jelas mengapa ada hubungan yang signifikan antara kedua-dua penyakit, tetapi tanggapan meluas ialah obesiti, kandungan lemak tinggi, diet tinggi garam, dan malas bergerak aktif menjadi punca kepada peningkatan dalam kedua-dua keadaan.
Tekanan darah tinggi dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana ia tidak mempunyai gejala yang jelas dan ramai orang tidak sedar bahawa mereka mempunyainya. Satu kajian oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) tahun 2013 mendapati bahawa kurang daripada separuh daripada pesakit yang mempunyai risiko penyakit jantung atau diabetes jenis-2 dilaporkan membuat pemeriksaan kesihatan, termasuk tekanan darah yang mudah dibuat.
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ia bermakna bahawa darah anda mengalir melalui jantung dan saluran darah anda dengan terlalu banyak tekanan atau sukar. Lama-kelamaan, tekanan darah tinggi akan menjadikan otot jantung lemah dan menjadi besar atau bengkak. Pada tahun 2008, 67% orang dewasa berumur 20 tahun yang menghidap diabetes dilaporkan mempunyai kadar tekanan darah melebihi 140/90.
Pada orang tanpa diabetes, bacaan tekanan darah 140/90 dianggap biasa, tetapi untuk pesakit diabetes jenis-2, doktor mengesyorkan bacaan yang lebih rendah, di bawah 135/80.
Nota: Nombor pertama (135) dipanggil tekanan sistolik; ia menunjukkan tekanan darah sewaktu dipam melalui jantung anda. Nombor kedua (80), yang dipanggil tekanan diastolik, adalah tekanan yang pada salur darah antara degupan jantung atau sewaktu jantung rehat. Kita perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya 4 kali setahun, terutamanya pengidap diabetes/kencing manis.