🅼🅰🅹🅻🅸🆂 🅰🅿🆁🅴🆂🅸🅰🆂🅸 🅿🅴🅹🅰🅱🅰🆃 🆃🅽🅲🅿🅸 🆄🆃🅼🅺🅻

Ok, Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI (MaSTI) adalah bertujuan untuk memotivasikan setiap staf untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.Program ini juga penting dalam menggalakkan melahirkan staf yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan jabatan Timbalan Naib Canselor dan Inovasi utm Kuala Lumpur.Terdapat beberapa anugerah yang disampaikan dalam Malam Aspirasi Kecemerlangan iaitu Anugerah kehadiran penuh, Anugerah Kecemerlangan , Anugerah Program Berimpak Tinggi, Anugerah Graduan Cemerlang, dan Anugerah mata CPD tertinggi.Setiap anugerah merupakan anugerah dipilih berdasarkan potensi setiap staf di pejabat TNCPI. MaSTI telah diadakan pertama kalinya pada tahun 2018. Setiap tahun akan ada tema tersendir. OK, jom kita layan gambar2 MaSTI 2018 – kini.

🅼🅰🆂🆃🅸 2018

Pada 15 Dec 2018, MaSTI yang pertama diadakan di Kelab Darul Ehsan..Tahun ni tema adalah Movie Character..Pada tahun ini..entah macam mana boleh terpilih jadi KING pakaian terbaik..bemodalkan jadi bujang lapok..aura bujang lapok tu yang kuat agaknya..

Simple tapi dihargai
Bila ada KING mesti kene ada QUEEN..tudia QUEEN..

🅼🅰🆂🆃🅸 2019

30 Nov 2019 MaSTI kedua pula dengan tema “Bangsawan” bertempat di Hotel Flamingo Ampang..

Tahun ni aku menang pulak cabutan bertuah..no 1 geng..dapat la TV..

Tahun ni jugak la aku start jadi AJK persiapan..nah gambar photobooth, pentas dan perhiasan atas meja yang di hasilkan..DIY semuanya..

🅼🅰🆂🆃🅸 2021

Tahun 2020 sepeti yang kita semua tahu..COVID 19 melanda..so tak adalah MaSTI..Tapi pada tahun 2021..TNCPIKL teruskan semula MaSTI dengan tema “Masquerade”..Tahun 2021 kami anjurkan MaSTI secara online pulak..hasilnya mantopp..Sekali lagi aku dapat anugerah Masquerade terbaik..luck lagi…Tahun ni banyak belajar tentang menganjurkan aktiviti secara online..maklumla first time..

🅼🅰🆂🆃🅸 2022

Setelah COVID 19 reda..segalanya boleh dilakukan secara bersemuka. Jadi pihak TNCPIKL mengadakan semula MaSTI..kali ni di Hotel Maya KL pada 29 Oktober 2022 dan bertemakan “Musical”..Tahun ni tak ada anugerah besar2 yang aku dpt..hehehe..Tapi sekali lagi jadi AJK persiapan..

Macam biasa..jadi AJK persiapaan seperti tahun2 sebelumnya..

Majlis meriah sebab masing2 memperagakan pelbagai pakaian dari macam2 jenis genre muzik..

🅷🅰🆁🅸 🅱🅴🆁🆃🅴🅼🆄 🅿🅴🅻🅰🅽🅶🅶🅰🅽

Pada 21 JUN 2023, Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan Dan Inovasi ) telah mengadakan hari bersama pelanggan. Saya dan team telah diberikan tugas untuk menyiapkan backdrop untuk program berkenaan. Hasil perbincangan bersama, maka terhasillah 360′ PHOTOBOOTH…Tak reti nak tulis panjang-panjang…boleh lah tengok2 gambar dan video kat bawah ni..layanzzzz…..

Proses menyiapkan 360′ photobooth
Testing sebelum hari kejadian
Hari kejadian 360′ beraksi
Bangga la kejap bila VIP naik 360′ ni

#Kalau nak gunakan produk 360′ photobooth kami…boleh lah berurusan dengan Pejabat TNCPI (PPMUKL)

https://www.facebook.com/utmkl.dvcri?mibextid=LQQJ4d