Automasi pejabat dengan google sheet

SEJARAH GOOGLE

Google merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat keuntungan dari iklan yang berkaitan dengan enjin carian Internet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video.

Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat Sendirian Berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California. Nama “Google” berasal dari kesilapan mengeja “googol,” yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja “google” dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary bermaksud “menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet.“

Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. Misi Google adalah “untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal”.

DEFINASI AUTOMASI PEJABAT

  • Sistem Automasi Pejabat Sistem automasi pejabat merujuk kepada frasarana komputer dan perisian yang membolehkan pemindahan data, dokumentasi, dan permohonan dibuat secara automatik, cekap, selamat dan menjimatkan kos.
  • Automasi pejabat sangat penting untuk memastikan tahap komunikasi pejabat berlaku dalam keadaan yang memuaskan, Tidak menyukarkan sekiranya salah seorang daripada yang menjaga dokumen atau data tidak berada di pejabat.
  • Dengan kata lain, rakan sepejabat yang lain dapat memberi bantuan atau cadangan penyelesaian sekiranya terdapat persoalan yang mudah dibangkitkan.
  • Secara umumnya dalam sistem automasi pejabat terdapat maklumat , sistem atau dokumen yang boleh dicapai oleh semua kakitangan.
  • Selain itu terdapat juga sesetengah maklumat, sistem atau aplikasi diakses TERHAD oleh ketua jabatan atau pihak yang memberi kelulusan seperti dalam aplikasi permohonan cuti, bayaran tuntutan, pengesahan perjawatan dan lain-lain.

GOOGLE SHEET

  • Google Sheets merupakan aplikasi hamparan data dalam talian dalam G-Suites yang membolehkan kita mencipta dan memformat hamparan data serta boleh berkongsi dan menyunting hamparan data secara dalam talian .
  • Google Sheet adalah merupakan salah satu produk yang disediakan kepada pemilik akaungoogle yang ingin menghasilkan dokumen atas talian secara percuma yang ditawarkanmenerusi perkhidmatan Google Drive.
  • Google Sheet berfungsi hampir sama dengan Misrosoft Excel Walaubagaimanapun fungsinya lebih terhad berbanding Microsoft Excel
  • Namun begitu Google Sheet tetap membolehkan pengguna menyediakan dokumenberkualiti dengan pelbagai kemudahan add-ons yang disediakan.
  • Pengguna perlu lebih kreatif menggunakannya supaya projek yang dihasilkan tetap berkualiti menepati kehendakdan citarasa pengguna. Pelbagai pilihan Add-ons boleh didapati bersesuaian dengan projek yang ingin dibangunkan.
  • 3 cara manipulasi data google sheet

Fungsi/formula-fungsi yang boleh dimasukan terus dalam cell dengan mulakan “=“. Ada 490++ formula tersedia dalam gsheet

Addonn- Add-Ons adalah komponen menambah program dan fungsi

Script- Google App Script adalah bahasa javascript cloud scripting yang menyediakan kemudahan otomasi tugas untuk seluruh produk google dan layanan pihak ketiga

MENGAPA GSHEET

KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE SPREADSHEET

  1. Multi platform (karena bisa berjalan via browser, bisa digunakan untuk berbagai operating system baik Windows, Linux ataupun Mac OS)
  2. Multi Device (Tidak hanya digunakan untuk komputer / laptopttapi tersedia untuk versi smartphone juga).
  3. Automatik disimpan apabila kita melakukan pengeditan dalam satu device.
  4. Tersedia berbagai macam template siap pakai untuk mempermudah pekerjaan kita.
  5. Dapat membuka aplikasi office lain, dapat pula di eksport ke pdf, atau berkas .xls milik Microsoft Excel.
  6. Dapat digunakan secara bebas (free), degan syarat adalah akaun gmail yang dapat dibuat secara percuma.

One thought on “Automasi pejabat dengan google sheet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *