Pemformatan bersyarat adalah teknik yang sangat berguna untuk memformat sel Google sheet anda berdasarkan syarat tertentu. Sebagai contoh katakan kita ingin warnakan satu baris berdasarkan keadaan tertentu. Kita boleh format baris berdasarkan syarat dalam satu cell. Contoh kita hendak warnakan semua staf SPS dalam data dibawah dalam colum D
![](http://people.utm.my/shamsulazli/wp-content/uploads/sites/2459/2021/08/sps.jpg)
5 langkah untuk membuat format ini
Langkah 1: Tandakan semua cell yang diperlukan
![](http://people.utm.my/shamsulazli/wp-content/uploads/sites/2459/2021/08/select.jpg)
Langkah 2: Pilih Format > Conditional formating
![](http://people.utm.my/shamsulazli/wp-content/uploads/sites/2459/2021/08/2021-08-16.png)
Langkah 3: Pilih “Custom formula is” dalam Format rules
![](http://people.utm.my/shamsulazli/wp-content/uploads/sites/2459/2021/08/2021-08-16-4-1024x637.png)
Langkah 4: Masukan formula mengunakan tanda $ untuk kunci kolum rujukan
Dalam kes ini kita akan masukan formula =$D2=”SPS”
Kemudian pilih format yang kita kehendakai seperti bold, warnakan kolum, tukar warna teks, under line, cros line atau italic
Langkah 5: pilih “Done” dan kita akan dapat hasil sebegini
![](http://people.utm.my/shamsulazli/wp-content/uploads/sites/2459/2021/08/2021-08-16-7.png)
Jika ada soalan berkenaan google sheet sila hubungi saya di whatsapp 0177523803 atau email di shamsulazli@utm.my