First! JUALAN KAD TOUCH ‘N GO UTM

Pejabat UTMAlumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UTM Kuala Lumpur telah melancarkan kad Touch ‘n Go UTM bagi membantu Tabung Endowment UTM.
Seperti yang kita sedia maklum, tujuan penubuhan Tabung Endowment ini adalah untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan.
Bagi staf yang berminat, anda boleh mendapatkannya di pejabat UTMAlumni (bersebelahan Kafe Mak Jah) dan potongan gaji juga boleh dibuat untuk pembelian kad ini.
Harga minimum untuk 1 kad bermula dari RM35 (Kad – RM25 + Sumbangan – RM10)
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 07-553 6008/6085 atau emel kepada alumni@utm.my .
Marilah kita sama-sama membeli sambil menderma