Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan (Lanjutan) Siri 1 2017

POSTER

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN (LANJUTAN) Siri 1, 2017.

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

  1. Dimaklumkan bahawa Institute For Vehicle Systems and Engineering (IVeSE) akan menganjurkan BengkelPenulisan Buku Penyelidikan (Lanjutan) Siri 1 2017 sebagaimana berikut:

Tajuk:  Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan (Lanjutan) Siri 1, 2017

Tarikh: 24 dan 25 Julai 2017 (Isnin dan Selasa)

Masa: 8.30 pagi – 4:30 petang

Lokasi:  Dewan Seminar FKM, aras bawah, Blok C23

Dibimbing oleh: 

  1. Prof Dr Mohammad Nazri bin Mohd Jaafar
  2. Prof Dr Rosli bin Hussin

Yuran penyertaan : Sila rujuk brouser yang disertakan.

SINOPSIS KURSUS:

Satu daripada sumber manuskrip yang utama dalam penerbitan ilmiah ialah tesis, iaitu latihan ilmiah yang disediakan penulis untuk memperoleh sesuatu ijazah. Namun persembahan tesis berbeza dengan buku. Pembaca tesis ialah dua atau tiga orang pemeriksa yang pakar dalam bidang, sementara pembaca buku ialah seramai mungkin pembaca yang bukan pakar. Justeru, usaha perlu dilakukan oleh penulis untuk mengubah suai persembahan tesis supaya sesuai memenuhi keperluan buku.

Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan ini diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek pemindahan tesis ke buku. Peserta akan dibimbing untuk mengubah audiens, cara persembahan, gaya penulisan dan membuang elemen yang tidak perlu, sementara menambahkan elemen yang perlu supaya tesis dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan.

Pada akhir bengkel, para peserta diharap dapat memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk memindahkan tesis masing-masing ke buku.

Kursus ini sesuai diikuti oleh para pensyarah, tutor, penyelidik dan orang ramai yang berminat untuk mengongsikan ilmu yang diperoleh daripada tesisnya kepada sejumlah pembaca yang lebih luas; di samping untuk membolehkan peserta memiliki buku ilmiah tulisan sendiri.

Janganlah biarkan tesis anda di perpustakaan sahaja. Terbitkanlah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

PENGISIAN PROGRAM

Hari pertama:

– Keperluan dan peranan penulisan ilmiah

– Cabaran dalam penerbitan buku

– Kaedah mengubah tesis kepada buku

Hari Kedua

– Isu dan permasalahan dalam penerbitan buku

– Penyuntingan bahan

– Latihan hands-on

Kumpulan Sasaran:
Pensyarah
Pelajar
Penyelidik
Individu yang terlibat dengan penyelidikan

orang ramai

Penyertaan terhad kepada 30 orang peserta pertama sahaja. Sila daftar sebelum 20 Julai 2017 beserta dengan bayaran (tertakluk kepada kekosongan tempat)

Maklumat lanjut, sila Klik Brosur Bengkel Penulisan Buku Penyelidkan (Lanjutan) Siri 1 2017

Koordinator Program:

Mazlan bin Said (013-7797846 – email: mazlan-s@utm.my)