PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT  – SENAMROBIK PERDANA SIRI 9/2017

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT  – SENAMROBIK PERDANA SIRI 9/2017

Perkara di atas adalah ​dirujuk dengan segala hormatnya

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti di bawah Program Pembangunan Modal Insan akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat – Senamrobik Perdana Siri 9/2017. Program ini kaan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Inline image 1
Tarikh : 3 Oktober 2017, Selasa
Masa : 0730 – 0745 – Kehadiran warga kampus / Pendaftaran
             0745 – 0845 –  Senamrobik Perdana
             0930              –  Staf lapor diri ke PTJ/Fakulti masing-masing
Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM JB
Instruktor Senamrobik :
  1. En. Amirul Ariff bin Zainal – Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
  2. En. Muhammad Asraf bin Azizee – Sekolah Pengajian Siswazah
  3. En. Ahmad Afiq bin Lokman –  Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar

3.  Seluruh warga kampus adalah dijemput bersama-sama untuk  memeriahkan program. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan kehadiran staf di  PTJ/Fakulti masing-masing adalah teramai sewaktu program berlangsung. Dilampirkan layout kedudukanPTJ/Fakulti semasa program berlangsung.​ Untuk makluman, air mineral cup tidak lagi dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.