JEMPUTAN KE PELANCARAN SEMARAK RAMADAN 1439H/2018M

JEMPUTAN KE PELANCARAN SEMARAK RAMADAN 1439H/2018M

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan Pusat Islam, Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru akan mengadakanPelancaran Semarak Ramadan bagi mengumpul dana bagi menjayakan program-program yang telah dirancang sepanjang Ramadan dan memupuk semangat berlumba-lumba kearah kebaikan di bulan yang mulia.

  1. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Islam berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan yang berkelapangan untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan pada hari Khamis, 19 April 2018 bersamaan 3 Sya’ban 1439H jam 08:00 hingga 09:15 pagi.

Kerjasama dan kehadiran YBhg. Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan ke majlis ini didahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jazak.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pejabat Pusat Islam di talian 07- 55 37501/ 02