Select Page
Ayam Masak Sambal
Oleh: Sharul Kitchen
image

Bahan bahan:
2 bahagian ayam thigh – lumurkan garam kunyit & goreng separa masak
2 biji bawang besar
3.5 ulas bawang putih
0.5 inci halia
1 biji bawang besar – hiris
1 batang serai – ketuk
2.5 sudu besar cili kisar
Sos tomato brand Life
Sos cili pun brand Life
Garam bukan garam bukit
Gula secukup rasa
Cara cara:
Tumbuk bawang besar hingga lumat, bawang putih sampai hancur dan halia sampai berkecai. Panaskan minyak atas dapur dalam kuali dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga wangi naik. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul betul masak.
Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai.
Last but not least, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak dan acar timun.

Ayam Masak Sambal

Sumber: Azie Kitchen: Ayam Masak Sambal