Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini saya terima banyak pertanyaan dan permohonan untuk meletakkan visitor counter pada laman web masing-masing. Untuk makluman, setiap laman web UTM telah diletakkan Google Analytics untuk pemantauan pihak Unit Web secara umum. Setiap laman web juga dilengkapi dengan fungsi caching bertujuan mengurangkan bebanan pada server dan melajukan pembukaan sesuatu page.
Masalah & Kekangan
Sebarang plugin visitor counter untuk wordpress tidak akan berfungsi dengan sempurna. Penggunaan javascript dan iframe pula hanya terhad kepada network admin (dilantik daripada beberapa orang staf PTJ), manakala user individu seperti staf tidak dibenarkan menggunakan script atau iframe atas faktor keselamatan.
Penyelesaian
Sekiranya pemilik laman web ingin juga meletakkan visitor counter, bolehlah menggunakan servis luar seperti http://www.hitwebcounter.com/ yang menggunakan imej sebagai counter. Langkah-langkah meletakkan visitor counter sila rujuk gambar di bawah
Perhatian: Bilangan visitor atau hit tidak menyumbang kepada webometrics atau bonus ELPPT anda.