Senarai terkini Klinik Panel UTM bagi sesi 2021/2023 boleh dicapai melalui pautan berikut -> (SENARAI KLINIK PANEL UTM 2021-2023)
Staf yang ingin menukar klinik panel pilihan boleh membuat pertukaran klinik panel dengan mengisi BORANG PERTUKARAN KLINIK PANEL STAF UTM (JP-F15) serta dicetak di atas kertas berwarna kuning. Borang pertukaran tersebut perlu dihantar ke PSM PTJ masing-masing.
Prosedur bagi Permohonan Pertukaran Klinik Panel Staf UTM untuk makluman dan tindakan :
- Terima borang permohonan pertukaran daripada staf.
- Semak jenis permohonan, samada permohonan pendaftaran baru atau permohonan pertukaran klinik panel.
- Bagi permohonan pertukaran klinik panel, PTJ semak tempoh pendaftaran lama samada lebih dari 6 bulan atau kurang 6 bulan.
- Bagi pertukaran melebihi 6 bulan, PTJ terus kemaskini maklumat klinik panel baru dalam sistem HRFin.
- Borang pertukaran klinik tidak perlu dihantar ke BPO bagi pertukaran melebihi 6 bulan.
- Bagi pertukaran kurang dari 6 bulan, borang tersebut perlu dihantar ke BPO bagi tujuan kelulusan pegawai.
- Bagi permohonan klinik panel baru, terus kemaskini maklumat klinik dalam sistem HRFin.