Select Page

Senarai terkini Klinik Panel UTM bagi sesi 2021/2023 boleh dicapai melalui pautan berikut -> (SENARAI KLINIK PANEL UTM 2021-2023)

Staf yang ingin menukar klinik panel pilihan boleh membuat pertukaran klinik panel dengan mengisi  BORANG PERTUKARAN KLINIK PANEL STAF UTM (JP-F15) serta dicetak di atas kertas berwarna kuning. Borang pertukaran tersebut perlu dihantar ke PSM PTJ masing-masing.

Prosedur bagi Permohonan Pertukaran Klinik Panel Staf UTM untuk makluman dan tindakan :

  1. Terima borang permohonan pertukaran daripada staf.
  2. Semak jenis permohonan, samada permohonan pendaftaran baru atau permohonan pertukaran klinik panel.
  3. Bagi permohonan pertukaran klinik panel, PTJ semak tempoh pendaftaran lama samada lebih dari 6 bulan atau kurang 6 bulan.
  4. Bagi pertukaran melebihi 6 bulan, PTJ terus kemaskini maklumat klinik panel baru dalam sistem HRFin.
  5. Borang pertukaran klinik tidak perlu dihantar ke BPO bagi pertukaran melebihi 6 bulan.
  6. Bagi pertukaran kurang dari 6 bulan, borang tersebut perlu dihantar ke BPO bagi tujuan kelulusan pegawai.
  7. Bagi permohonan klinik panel baru, terus kemaskini maklumat klinik dalam sistem HRFin.