Select Page

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 batang daun bawang di hiris
  • 1 batang sosej(optional)
  • Sedikit carrot di potong dadu
  • Sedikit lada benggala(optional)
  • Lada hitam dan lada sulah secukupnya

Cara masak :

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah.
  2. Campurkan semua bahan-bahan tadi.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
  4. Tabur sedikit serbuk cili
  5. Bakar dalam air fryer 160°C selama 10 minit atau sehingga masak bergantung pada air fryer masing-masing.