Select Page

Trip ke Bangkok ini dibuat di saat-sat akhir setelah mendapat tarikh free ketiga-tiga anak bebas dari kuliah dan aktiviti-aktiviti lain.  Jadual cuti kami lebih selesa pada bulan Januari berbanding Disember seperti orang-orang lain yang mempunyai anak masih sekolah.

 Sejujurnya ini pertama kali kami berlima bercuti keluar negara, sebelum ini trip kami hanya cuti-cuti Malaysia dan Singapura sahaja, itu pun untuk menziarah sanak saudara di sana. Pernah keluar negara hanya untuk menunaikan umrah dan itu diatur semuanya oleh agen. Kali ini semuanya diatur sendiri. Perasaan berdebar-debar tu tetap ada.

Yang buat hati lega sedikit ialah apabila merancang percutian bersama anak-anak yang sudah dewasa. Mereka lebih cekap mendapatkan info dari internet tentang tempat yang diingin dituju.

 Segala panduan serta info tentang tempat makan, homestay, kenderaan, kemudahan di sana dapat diperolehi dari blog-blog mereka yang pernah ke Bangkok.

 

 Antara perkara yang kami belajar ketika merancang sendiri untuk keluar negara ialah : 

1. Survey harga tiket pelbagai syarikat penerbangan untuk mendapatkan harga ALL IN yang berpatutan

2. Dapatkan insurans perlindungan keluar negara untuk seisi keluarga

3. Layari blog-blog pelawat yang pernah berkunjung ke tempat yang ingin kita kunjungi

4. Survey tentang tempat-tempat makanan Halal

5. Survey tempat tinggal yang berada di lokasi yang strategik – contoh dekat dengan station LRT, dekat kawasan penempatan warga Islam untuk senang mendapatkan makanan halal

6. Study peta sesebuah negara untuk mengetahui lokasi sebenar tempat-tempat untuk dilawati supaya dapat mengagak berapa jumlah bayaran Grab atau sekiranya perlu untuk mendapatkan khidmat pemandu di sana

7. Survey di mana perlu mendapatkan simkad telco tempatan untuk memudahkan kita berhubung antara kita sewaktu di sana. Kami dapatkan dari KLOOK dan simkad tersebut boleh kami perolehi di Airport sewaktu kami tiba di Bangkok.

 Di Bangkok kami menginap di homestay apartment sahaja kerana untuk menyewa di hotel dengan lima dewasa harga agak tinggi. Tempat penginapan hanya untuk tidur sahaja kerana pada waktu siangnya kami lebih banyak berjalan ke sana ke sini menggunakan khidmat Grab Van dengan harga yang agak berpatutan.

 

 Tempat yang kami lawati sewaktu di Bangkok dan perkara untuk dikongsi bersama :

1. Asiatique – boleh naik bot melayari sungai Chao Phraya, bot ni FREE dan boleh beli souvenir di kedai-kedainya yang lebih teratur (kami buat keychain disini untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan)

2.Wat Arun – ke sini bahangnya tak boleh dibendung, perlu bawa sunglass dan bekalan air putih

3. Chocolate Ville – di sini tak ada pun chocolate….tapi lebih pada kawasan untuk bergambar

4. Pratunam night market – surveylah dulu senarai night market di Bangkok tapi sebab yang ini dekat dengan penginapan kami maka kesini sahajalah. Banyak jualan barangan yang diciplak seperti Nike, Adidas, Gucci dan sebagainya lahhh

5. Maeklong Railway Market – Nak tengok keretapi berjalan di tengah-tengah tempat jualan kununnya, ke sini memang kena pergi awal pagi kalau tak melepas dan kena tunggu trip keretapi yang seterusnya

6. Dameon Floating Market – dapatlah tengok orang berniaga sewaktu sambil naik bot

7. Santorini Park – tempat ini cantik tapi jauhnya perjalanan dari kota Bangkok. Masa agak banyak terbuang untuk ke tempat ini, Cuma dah sampai sana so pergi je lah singgah dan bergambar.

 8.Shopping Complex – Platinum Fashion Mall (beli jersi je pun) dan MBK Centre (mainly sebab nak makan)

9. 7 Eleven – yang ni mmg heaven (rasanya kami lebih banyak beli makanan di 7E untuk dimakan di apartment kami)

10. Tempat makan yang di rekomen – Yana Restoran (MBK Center)

11. Kenderaan – oleh kerana kami berlima, kenalah naik Grab Van sahaja atau boleh guna train atau boleh sewa pemandu persendirian untuk trip yang jauh (ala-ala tourist guide).