Tanggal 18 Mac 2020 akan tersemat di fikiran majoriti rakyat Malaysia mengimbas tarikh hari pertama rakyat seluruh negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat pertama kali susulan penularan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia.
Perutusan khas Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 yang memaklumkan tentang PKP akan dilaksanakan bermula 18 Mac sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dan panik di kalangan rakyat.
Perasaan ketika itu bercampur baur antara gembira dan gusar. Gembira kerana ibarat mendapat cuti percuma apabila di arahkan berada di rumah selama 14 hari tetapi perasaan gusar juga ada, mendengar berita tentang serangan ganas virus berbahaya itu.
Berita tentang bilangan kes positif yang banyak dari Kluster Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling menambahkan sayu di hati.
Panjang lagi….to be continued.