Program Virtual 6 minggu ini adalah kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia bersama jurulatih fitnes terkenal, Kevin Zahri serta 10 jurulatih profesional lain yang ditugaskan untuk membimbing 300 peserta dalam menitikberatkan soal penjagaan kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik.
Peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan dibekalkan dengan pek e-learning kepada setiap peserta.
Apa kegunaan e-Learning tersebut?
-Terdapat ruang untuk kemaskini berat badan dan steps (kiraan tapak pergerakan) kami sepanjang minggu (direkod pada setiap pagi sabtu)
-Pelbagai cabaran, quiz dan mini-challenges untuk disertai
-Jadual senaman LIVE & rakaman Zoom
-Tip harian dari Kevin Zahri sepanjang program.
-Senarai homeworkout harian yang boleh dibuat pada bila-bila masa
-Ruang catatan untuk sebarang pertanyaan, komen atau nasihat yang diperlukan dari Kevin Zahri.
Kami juga dimasukkan di dalam group Whatsapp mengikut kumpulan bersama jurulatih yang telah kami pilih dan di situ juga kami saling beri sokongan kepada rakan-rakan untuk terus bersemangat meneruskan usaha serta boleh berkongsi segala ilmu, perkembangan mingguan dan apa juga sahaja tips.
Apa yang menarik bagi saya ialah saya mulakan program ini tepat pada harilahir saya yang ke 49 dengan azam baru untuk menjaga kesihatan diri ke arah yang lebih baik setelah lupa diri sewaktu tempoh PKP yang terdahulu dimana berat badan saya naik secara mendadak.
Saya amat gembira ketika tamat program ini usai 6 minggu saya berjaya menurunkan sebanyak 6kg.
Walaupun program telah tamat, Kevin Zahri tetap bertanya khabar kepada kami melalui email dan ini membuatkan kami sangat menghargai effort beliau.
Kevin akan meneruskan program kedua Bukan Soal Kurus yang dijangka akan dimulakan pada 9 Januari 2021. Saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia yang akan menyertai program ini dengan harapan dapat sama-sama menjaga kesihatan diri dengan cara betul dan berkesan.