2 minggu awal sewaktu tempoh PKP dilaksanakan, semua masih rehat-rehat sambil menunggu perkembangan atau laporan dari PM dan KKM. Semua teruja berada di depan kaca televisyen setiap hari untuk mendapatkan berita terkini.
Masuk minggu ketiga, rasa tepu dah melanda diri maka terbitlah rasa untuk melayari youtube untuk explore resipi-resipi mudah untuk dicuba di rumah.
Tak disangka, senang rupanya memasak ni. Selama ni minat kurang cenderung ke arah memasak kerana dirasakan memasak ni terlalu complicated dan diri ini minatnya lebih ke arah mengemas sahaja tetapi bila keadaan tidak mengizinkan untuk keluar makan “ke sana ke sini” maka eloklah juga mencuba apa yang berkenan di mata dan sesuai dengan tekak, juga dengan apa yang ada di dalam peti sejuk.
Tidaklah seperti pro….masak lima kali, lima kali juga kena refer pada resipi walhal resepi yang sama. Tetapi semangat tu berkobar-kobar mungkin kerana ahli keluarga turut ‘excited’ tengok queen no 2 di rumah masuk dapur untuk memasak. Selalu Chef Queen no.1 (mak saya lahhh) yang champion dalam segala jenis menu dan masakan. Kami hanya bantu-bantu.
Ramadhan 2020 juga dilalui dalam tempoh PKP maka tahun ini tiada istilah Bazar Ramadhan di minda, hanya yang bermain di minda ialah apa menu yang hendak dicuba pada hari tersebut.
PKP mengajar kita dalam berbagai aspek. Minat baru ini membuatkan kita berusaha untuk memberi yang terbaik kepada keluarga dan untuk dikongsi bersama jiran tetangga. Dalam masa yang sama, ketika itu bertekad dan berazam ingin membawa bekalan ke pejabat apabila tempoh PKP tamat tetapi sudahnya……segalanya tinggal kenangan, hidup ini penuh dengan alasan.