Alhamdulillah….dalam tahun 2020 diberi kesempatan untuk bekerjasama dalam team ACRAS SKA untuk menghasilkan buku Research & Consultancy Profile 2020. Ditugaskan sebagai salah seorang Editor dan juga diberi tugasan untuk menghasilkan ebook untuk buku ini.
Kesempatan ini diambil untuk mempelajari bidang baru dalam dunia digital. Senang rupanya untuk menghasilkan sebuah ebook. Hati berkobar-kobar untuk berkongsi dan mengajar kawan-kawan lain di pejabat setelah mempelajari untuk menghasilkan ebook ini agar sama-sama dapat menimba ilmu dalam bidang ini.
Cabaran sewaktu menghasilkan buku ini ialah apabila saya dan Ezat perlu ke beberapa kedai printing untuk mendapatkan harga terbaik untuk menempah 100 naskah buku ini. Rata-rata menawarkan harga yang tinggi namun akhirnya kami berjaya mendapatkan harga yang berpatutan di salah sebuah kedai printing di Taman Universiti akan tetapi format kami tidak mengikut spesifikasi mereka maka format kandungan buku ini terpaksa dibuat semula sehingga berminggu-minggu juga lamanya dan turut dibantu oleh Nur Maira Batrisyia, pelajar FABU.
Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Mohammad Ismail kerana memberi peluang dan kesempatan kepada kami staf sokongan di bawahnya untuk explore dan belajar pelbagai benda baru untuk memastikan buku ini dapat diterbitkan dengan jayanya.