Select Page

20 Disember 2020 – Alhamdulillah mendapat jemputan untuk hadir ke Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Kejuruteraan 2020 bagi menerima anugerah bagi kategori Staf Berketrampilan.

Anugerah ini dinilai dari undian oleh staf Fakulti Kejuruteraan melalui google form yang diedarkan beberapa minggu lepas.

Sejujurnya diri ini kurang jelas definisi Staf Berketrampilan tu apa maksudnya sebab kalau nak dikira pada sudut penampilan, ramai lagi yang dirasakan lebih layak.

Saat masuk ke dalam Dewan CTL di blok F54, perasaan bercampur baur, suka serta sebak kerana kawan-kawan rapat tidak ada sama untuk meraikan kejayaan bersama. Hanya ditemani oleh Abang Burn yang juga menerima Anugerah Khidmat Pelanggan.

Penganjuran Majlis kali ini berbeza dari tahun sebelum-sebelum ini dimana hanya penerima beberapa 22 anugerah sahaja dijemput untuk hadir manakala yang lain hanya menonton melalui FB Live.

Para hadirin telah di bekalkan makanan yang disediakan didalam bekas makanan, satu praktis norma baharu dalam menjalankan majlis anugerah dalam musim Covid ini.

Oleh kerana keadaan tempat duduk di dalam dewan tidak begitu membenarkan untuk menikmati makanan yang dibekalkan dengan selesa maka makanan dibawa balik ke ofis untuk dinikmati sebaik majlis tamat.

Saat juruacara membaca tentang kriteria bagi pemilihan Anugerah Ketrampilan ini, rasa sayu dan sebak dan hampir sahaja diri ini menitiskan airmata (seperti biasalahhh…ratu airmata) tapi ditahan-tahan bersungguh-sungguh. Terasa kerdil nak dibanding dengan apa yang disebutkan oleh pengacara tersebut. 

Sejurus terima anugerah terus jalan laju ke tempat duduk semula dan tiba-tiba airmata laju je menitik-nitik, mujur tiada jiran sebelah tempat duduk….penjarakan sosial kannn. Cepat-cepat pakai mask semula supaya tiada orang yang nampak. Anugerah

20 Disember 2020 – Alhamdulillah mendapat jemputan untuk hadir ke Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Kejuruteraan 2020 untuk menerima anugerah bagi kategori Staf Berketrampilan.

Anugerah ini dinilai dari undian oleh staf Fakulti Kejuruteraan melalui google form yang diedarkan beberapa minggu lepas.

Sejujurnya diri ini kurang jelas definisi Staf Berketrampilan tu apa maksudnya sebab kalau nak dikira pada sudut penampilan, ramai lagi yang dirasakan lebih layak.

Saat masuk ke dalam Dewan CTL di blok F54, perasaan bercampur baur, suka serta sebak kerana kawan-kawan rapat tidak ada sama untuk meraikan kejayaan bersama. Hanya ditemani oleh Abang Burn yang juga menerima Anugerah Khidmat Pelanggan.

Penganjuran Majlis kali ini berbeza dari tahun sebelum-sebelum ini dimana hanya penerima beberapa 22 anugerah sahaja dijemput untuk hadir manakala yang lain hanya menonton melalui FB Live.

Para hadirin telah di bekalkan makanan yang disediakan didalam bekas makanan, satu praktis norma baharu dalam menjalankan majlis anugerah dalam musim Covid ini.

Oleh kerana keadaan tempat duduk di dalam dewan tidak begitu membenarkan untuk menikmati makanan yang dibekalkan dengan selesa maka makanan dibawa balik ke ofis untuk dinikmati sebaik majlis tamat.

Saat juruacara membaca tentang kriteria bagi pemilihan Anugerah Ketrampilan ini, rasa sayu dan sebak dan hampir sahaja diri ini menitiskan airmata (seperti biasalahhh…ratu airmata) tapi ditahan-tahan bersungguh-sungguh. Terasa kerdil nak dibanding dengan apa yang disebutkan oleh pengacara tersebut. 

Sejurus terima anugerah terus jalan laju ke tempat duduk semula dan tiba-tiba airmata laju je menitik-nitik, mujur tiada jiran sebelah tempat duduk….penjarakan sosial kannn. Cepat-cepat pakai mask semula supaya tiada orang yang nampak. Anugerah yang diperolehi bukan untuk ditayang-tayang semata, tetapi anugerah itu adalah amanah yang sepatutnya dijadikan inspirasi untuk berkhidmat lebih baik pada masa akan datang.

Waktu berlalu sehingga hampir ke penhujung majlis, kami staf SKA terkejut dan gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Dato Dekan FE yang mengumumkan pemenang bagi Anugerah Khas Dekan jatuh kepada Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA).

Hati ni gembira tak terkata melihat Pengerusi SKA, Prof Khairul Anuar Kassim bangkit dari tempat duduk untuk menerima anugerah dan disertai oleh ahli-ahli pengurusan SKA yang lain.

Syukur Alhamdulillah untuk permandangan yang indah hari ini. Semoga SKA terus cemerlang di masa akan datang dan semoga diri ini dapat terus berkhidmat sebagai penjawat awam yang berkualiti, InshaaAllah.

Yang ku lihat……terlalu banyak benda untuk disyukuri dalam hidup ini.

Terima kasih Allah.