Select Page

LNPT ohhhh LNPT…..perkara yang paling malas hendak dibuat setiap hujung tahun ialah mengisi LNPT tahunan. Selalunya diri ini menjadi staf PPP SKA terakhir yang tekan butang SUBMIT. Bukan sebab bahannya banyakkkkkk sehingga perlu tunggu hari akhir baru boleh submit tapi biasanya keinginan dan idea tu hanya datang menderu-deru di saat akhir. Excitednya lain macam. Akan tetapi pada waktu tersebut perlulah menghadapi risiko samada menghadap capaian internet yang lambat seperti siput dan berputar-putar seperti gasing yang tidak mahu berhenti berpusing  atau muncul perkataan error seperti bak mimpi ngeri di siang hari.

 Sebenarnya tahun 2020 ini tahun yang memberi semangat kepada diri ini kerana syukur Alhamdulillah, banyak juga yang dapat dipelajari dan dicapai dalam tahun ini yang boleh dijadikan bahan untuk dimasukkan di dalam lnpt itu nanti.

25- 27 Disember 2020 merupakan tiga hari cuti untuk kebanyakkan rakyat Johor serta untuk warga UTM khasnya. Mungkin kesempatan cuti sempena perayaan Krismas ini dapat dimanfaatkan untuk mencungkil ilham serta menimbulkan kerajinan bagi memastikan ianya dapat diselesaikan supaya minggu terakhir Disember 2020 dapat dihabiskan untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lain pula. Semoga Allah mudahkan segala urusanku……Aamiin.