Hai Shaklee! Lama kita berpisah. Agak bertahun juga diri ini meninggalkan mu. Cuma cara kita bertemu kembali berbeza kerana bermula dari keinginan Hannah untuk mencuba produk-produk untuk kulit dan ditambah dengan situasi Covid telah mendorong diri ini untuk mendapatkan makanan tambahan untuk diri sendiri.
Hati juga terpaut dengan produk Sustained Release Vita-C Plus ini bila melihat promosi-promosi semasa dari kawan-kawan rapat yang menjadi pengedar. Resam kaum perempuan bila dikatakan sesuai untuk kulit juga kecantikan, berkobar-kobar tu semestinya lebih sedikit. Tambahan sebotol vitamin C ini mengandungi 180 biji yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk seisi keluarga.
Peluang menjadi pengedar Shaklee semula adalah lebih kepada untuk kegunaan sendiri dan keluarga.
Semoga dengan izin Allah, produk ini dapat memberi perlindungan dan kebaikan kepada kami sekeluarga supaya kami juga dapat berkongsi kebaikan ini kepada orang lain di sekeliling kami.