Adab dan etika membentuk masyarakat yang harmoni, berwawasan, dan berintegriti. Inilah apa yang terpancar dalam kepala saya apabila memikirkan dari kepentingan beradab dan beretika. Apabila menyentuh tentang masyarakat, ia terbentuk dari komposisi komuniti-komuniti kecil diantaranya adalah warga pendidik. Harmoni disini saya maksudkan adalah para pensyarah dalam sepakatan yang damai samada dalam sistem pentadbiran dan pengajaran. Bayangkan jika tiada persepkatan pentadbiran, sudah tentu pembelajaran para pelajar menjadi celaru dan terganggu. Adab and etika mencetus keharmonian kampus secara umum. Wawasan adalah suatu pandangan jangka panjang bagi mencapai suatu matlamat. Sesebuah institusi berkemungkinan mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi, tiadanya adab dan etika, wawasan menjadi rapuh. Sebagai contoh, matlamat meletakkan universiti di peringkat paling tinngi didunia melalui penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Akan tetapi, gejala ‘plagrism’ tidak di kawal-selia akan menghasilkan graduan rendah kualiti dan tidak beretika. Justeru, hal ini juga melemahkan integriti dikalangan pensyarah dan pelajar. Pastinya sekiranya perkara tersebut dikehui umum, bakal menjatuhkan reputasi dan kredibiliti sesebuah institusi.
Antara cabaran yang mungkin dihadapi adalah masalah plagiat, memalsukan data penyelidikan dan meniru dalam peperikasaan. Hal ini dapat di bendung dengan melaksanakan suatu polisi yang ketat dan mendidik pelajar berkenaan kesan-kesan buruk berkenaan isu-isu seperti diatas. Selain itu, pengunaan perisian-perisian yang dapat mengesan aktiviti plagiat bagi tugasan pelajar.
Cabaran lain ialah kelakuan tidak beretika dikalangan penyarah seperti ‘favoritism’, diskriminasi, dan berat sebelah. Ini dapat di bendung dengan memberikan latihan atau kurus etika kepada para pensyarah. Peringatan melalui edaran bertulis yang kerap juga diharapkan dapat membendung masalah ini.
Masalah-masalah diatas juga dapat diatasi dengan mengadakan satu saluran yang membolehkan seseorang yang teraniaya atau mendapati kesalah adab dan etika dikalangan pelajar dan penyarah membuat laporan. Saluran ini boleh berbentuk sistem aduan dalam talian tanpa mendedahkan identiti pelapor. Siasatan perlu dijalankan bagi suatu laporan yang lengkap dengan bukti.