Ini antara post yang saya sempat ambil dari Facebook untuk perkongsian bersama iaitu berkaitan ’10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa’.
1. Menanti-nanti inspirasi
-Untuk dapat inspirasi ia bukan datang bergolek sebaliknya memerlukan usaha dan tindakan.Kalian perlu bangun dan berbuat.Inspirasi akan datang apabila kalian buat silap atau berjaya.
Silap = baiki.
Berjaya = bantu orang.
2. Risau apa yang orang lain fikir
-Tak habis-habis fikir apa yang orang lain fikir tentang kita.Ia biasanya akan jadikan kita terperuk dalam rumah atau bilik serta tak bertindak dan jadi pengecut kepada fikiran sendiri.Bangun! Lawan dan usahakan sesuatu!
3. Kuat Merungut
-Orang yang suka merungut biasanya mulut sahaja jalan.Diri sendiri tidak.Jenis menjerit dan menyuruh sana sini.Sendiri buat? No. Tak ada, kemudian komplen, komplen, komplen.
4. Cuba untuk puaskan hati semua orang
-Tak berhenti nak buat itu ini untuk semua orang sehinggakan hilang fokus dan kemudian akan sesat dalam perjalanan sendiri. Relaks, dan buat perlahan-lahan untuk diri dan orang terdekat dahulu.
5. Kuat bandingkan diri dengan orang lain
-Melihat competitor itu bagus.Belajar apa yang orang buat juga bagus.Namun, membandingkan kekuatan sampai tak perasan diri itu lemah bukan main itu yang jadi hal. Ia biasanya akan jadikan kita down dan malas nak teruskan perjuangan.Stop! Fokus bina tentera, pasang strategi untuk menang.
6. Ulang kesilapan
-Jika sudah berkali-kali ulang kesilapan yang sama dan tak belajar dari kesilapan tersebut bukan sahaja membuang masa tapi duit, tenaga dan segala yang dilaburkan.
7. Terlalu perfectionist
-Yang ni akan jadikan kita slow sangat-sangat sebab sikit-sikit nak repair, sikit-sikit salah sana, salah sini, dan tidak mahu teruskan jika ada secubit pun perkara yang tidak memuaskan hatinya.
8. Tidak susun keutamaan
-Buat je semua benda tidak ikut susunan keutamaan. Jika ada yang tersangkut akan terganggu semua perancangan.Kalau susun mana dulu yang priority dan sebagainya, ia akan memudahkan kerja.
9. Jenis takut gagal
-Bila takut gagal, sahihlah tak mahu mencuba dan bila tidak mencuba, tak tahu hasil dan takkan belajar mana salah silapnya.
10. Tidak hidup untuk diri sendiri
-Jenis tak habis-habis nak please orang lain dan diri sendiri tidak merasa hasil.Kene marah, kene maki, kene macam-macam sehingga diri sendiri down dan depress. Lalu hati jadi mati dan buang masa memberi kekayaan kepada orang lain. Sendiri miskin.
Recent Comments