Berkunjung ke Taman Tema Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour, Johor.

Assalamualaikum,

Sempena cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah berkunjung ke taman tema Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour, JB. Alhamdulillah, cuaca sangat baik ketika saya sampai dan hujan di sebelah petang. Pelbagai aktiviti yang terdapat di taman tema tersebut selain aktiviti bergambar dengan pelbagai jenis dinosaur yang terdapat di situ. Kebanyakan aktiviti adalah memerlukan pengunjung membeli token untuk menyertai aktiviti tersebut.

Harga tiket :

Dewasa – RM30 percuma 2 token

Kanak-Kanak – RM20 percuma 1 token

Mengikut pengalaman saya juga jika mempunyai kad keahlian Watson dan resit pembelian di Watson boleh dapat percuma satu tiket lagi jika membeli satu tiket (BUY 1 FREE 1).

Bergambar dengan pelbagai jenis Dinosaur

Tempat permainan Indoor

Kreatif sungguh!!Tong sampah pon Dinosaur jugak.

Sesuai untuk kunjungan semua peringkat umur.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit.

Sekian, terima kasih =)