Archives for January 2019

Percutian ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Pada penghujung tahun 2018 saya dan family juga tidak melepaskan peluang pergi bercuti. Kami memilih destinasi Kuala Lumpur kerana ingin pergi ke Mood Republic yang diadakan pada 21-23 Disember 2018 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Sempat bekerja setahun lebih di Kuala Lumpur tak banyak tempat saya kunjungi sebab memikirkan faktor keselamatan dan tidak berapa mahir tentang jalan-jalan di sekitar KL (takut sesat). Jadi, hujung minggu saya lebih suka luangkan masa di rumah atau balik kampung. Sesekali kalau keluar ke bandar pon hanya menaiki pengangkutan awam kerana lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi.

Cerita tentang percutian saya dan keluarga ke Kuala Lumpur sangat2 best sebab banyak juga tempat yang kami sempat kunjungi ..Padat juga jadualnya dan penat la juga..hehehe..

 

Antara tempat yang kami kunjungi adalah:

  • i-City Shah Alam

  • Menara Kuala Lumpur

 

  • KLCC

  • Jalan2 Menaiki LRT Rapid KL
  • Anak saudara saya Adam pertama kali merasa pengalaman menaiki keretapi.. excited sungguh dia.. Alhamdulillah, dapat juga tunaikan hasrat dia nak menaiki keretapi.. =)