Archives for December 2019

Program Jom Kurus Fiesta Johor!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali ni saya nak post tentang Program Jom Kurus Fiesta Johor yang saya dan officemate join pada tarikh 23/2/2019.

Program bermula pada awal pagi dan berakhir dalam tengahari. Peserta adalah terdiri daripada mereka yang hadir dari pelbagai daerah di Johor.

Kemudian, ada sesi sharing bersama Kevin Zahri.

Aktiviti pagi tu ada pelbagai senaman daripada coach yg berbeza antaranya yoga, tabata dan senaman aerobik .

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan teratur.

Bergambar bersama Kevin Zahri

 

What is View State and How It Works in ASP.NET

View State

View State is the method to preserve the Value of the Page and Controls between round trips. It is a Page-Level State Management technique. View State is turned on by default and normally serializes the data in every control on the page regardless of whether it is actually used during a post-back.

Data Objects That Can be Stored in View state

  1. String
  2. Boolean Value
  3. Array Object
  4. Array List Object
  5. Hash Table
  6. Custom type Converters

Advantages of View State

  1. Easy to Implement.
  2. No server resources are required: The View State is contained in a structure within the page load.
  3. Enhanced security features: It can be encoded and compressed or Unicode implementation.

Disadvantages of View State

  1. Security Risk: The Information of View State can be seen in the page output source directly. You can manually encrypt and decrypt the contents of a Hidden Field, but It requires extra coding. If security is a concern then consider using a Server-Based state Mechanism so that no sensitive information is sent to the client.
  2. Performance: Performance is not good if we use a large amount of data because View State is stored in the page itself and storing a large value can cause the page to be slow.
  3. Device limitation: Mobile Devices might not have the memory capacity to store a large amount of View State data.
  4. It can store values for the same page only.

When We Should Use View State

  1. When the data to be stored is small.
  2. Try to avoid secure data.

Menziarahi sahabat lama di Jitra, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini dalam penghujung tahun 2019, saya dan keluarga telah pergi bercuti menziarahi sahabat lama saya, Wani dan keluarga sahabat lama ayah saya, keluarga Pak Lang di Jitra, Kedah.

Selepas 2 tahun lebih kami tidak ke Jitra, Kedah, alhamdulillah, kami diberi kesempatan kali ini menziarahi mereka.Alhamdulillah, semua sihat sahaja dan berada dalam keadaan baik.

Walaupun saya dan keluarga sudah lama tidak berjumpa mereka, kami masih ada berhubung melalui aplikasi whatsapp dan facebook sebelum ini. Jadi, apabila bertemu, kami dapat berbual seperti biasa tanpa rasa janggal.

Saya membesar di Jitra, Kedah sehingga berumur 8 tahun manakala ayah saya pernah menetap di sana selama 16 tahun sebelum kami berpindah ke Kluang , Johor .Wani adalah sahabat lama saya sejak di tadika kemas lagi.

Sungguh menggembirakan apabila saya berada di sana dengan pemandangan sekeliling yang penuh dengan sawah padi yang sungguh indah sekali.

Selain itu, di sana kami diberikan layanan yang terbaik oleh mereka dan beberapa keluarga lain juga.

Disebabkan kekangan masa juga menyebabkan saya tidak sempat bertemu jiran-jiran lama di Taman Damai Jaya, Jitra, Kedah, tempat saya dan keluarga pernah menetap suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke Johor.

Semoga ukhwah yang terjalin antara keluarga saya dan mereka semua sentiasa diberkati Allah 🙂

Percutian ke Genting Highlands – Day 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sambung cerita saya bercuti di Genting Highlands bersama ahli keluarga saya.

Pada hari ketiga di sana, juga merupakan hari terakhir kami menginap di Genting Highlands, kami telah pergi ke Genting Strawberry Leisure Farms. Pertama kali saya dan keluarga masuk ke sini juga.Rupanya bukan sahaja ada tempat untuk petik strawberry dan bawa balik(kene beli ye ikut berat timbangan) tapi terdapat juga taman bunga dengan pelbagai bunga yang sungguh indah berwarna warni.

Selain itu, di situ juga terdapat cafe untuk kita beristirehat minum dan makan serta ada dijual beberapa produk makanan lain seperti madu dan coffee serta aiskrim strawberry (yg ni terbaikk).

Aiskrim strawberry terbaikkkk!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Percutian ke Genting Highlands – Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada penghujung tahun 2019, saya berkesempatan membawa keluarga saya bercuti ke Genting Highlands.Ia merupakan pengalaman pertama kami semua menjejakkan kaki ke sini.

Percutian kami adalah 3 Hari 2 Malam.Pada hari pertama, kami sampai di Genting Highlands sudah lewat petang dan kami hanya berehat sahaja di tempat penginapan .

Hari Kedua baru kami berkesempatan jalan-jalan di sana.

Alhamdulillah, semua perancangan kami berjalan lancar dan selamat.

Antara aktiviti kami adalah

  1. Menaiki Cable Car

2)  Taman Tema

Cukup naik satu permainan ni sahaja sebab kesuntukan masa.

13 Hadiah yang terbaik

Assalamualaikum ..

13 Hadiah yang Terbaik

  1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
  2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Pemberian Maaf.
  3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Penghormatan.
  4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan.
  5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.
  6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.
  7. Hadiah terbaik untuk orang tua adalah Berbakti.
  8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan.
  9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan.
  10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan.
  11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran.
  12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah Senyuman.
  13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah Sholawat.

 **Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat**

Hari Raya 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada tarikh 5 Jun 2019 saya berkesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta saya di kampung halaman di Felda Ayer Hitam, Johor.

Berkumpul beramai-ramai pada hari mulia tersebut mengeratkan lagi hubungan kami sanak saudara.

Pengalaman menaiki hot air balloon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni saya nak post tentang pengalaman pertama saya menaiki hot air balloon. Rezeki saya juga ketika balik dari batu pahat ternampak ada hot air balloon di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena majlis konvokesyen UTHM.

Jadi saya dan adik tidak melepaskan peluang untuk mencuba juga.

Berikut merupakan beberapa gambar dan video yang sempat dirakamkan ketika kami menaiki hot air balloon tersebut.

Program Team Building CICT 2019

Assalamualaikum,

Pada tarikh 11 hingga 13 Oktober 2019, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Program Team Building CICT 2019 di Savana Hill Resort, Ulu Tiram Resort Johor.

Bertemakan Mind Shifting ia merupakan program yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staff CICT.

Ahli kumpulan saya sepanjang program.

Bergambar pada hari terakhir program

 

 

 

Sukan Woodball

Assalamualaikum,

Pada tarikh 06/12/2019 saya telah menyertai perlawanan sukan woodball antara Fakulti atau PTJ di UTM.Ia merupakan salah satu sukan di dalam UTM STAFF GAMES – BAKES 2019 yang dipertandingkan.

Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai sukan ini. Mula-mula memang saya tidak pandai main sukan ini tetapi atas inisiatif urusetia mengadakan Klinik Woodball dan pengurus pasukan CICT sendiri, Puan Zaiton telah memberikan sokongan sepenuhnya untuk kami dengan menggalakkan kami menjalani latihan pada setiap petang selama seminggu sehingga hari pertandingan.

Mempunyai pasukan yang super best juga merupakan faktor saya merasa sungguh gembira menyertai sukan ini dan ia juga merupakan sebuah pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya. Memang teruja juga dapat menyertai sukan ini.

Pada hari pertandingan pula, ia adalah hari yang mendebarkan bagi setiap peserta termasuk saya. Alhamdulillah, rezeki saya apabila saya diletakkan di dalam kumpulan yang super best juga walaupun ahlinya semua dari Jabatan yang berbeza. Di sini kami saling berkenalan dan memberikan sokongan antara satu sama lain dan terasa seperti bukan sedang bertanding sebaliknya seperti sedang menjalani latihan pula. Semoga ukhwah yang terjalin sentiasa diberkati Allah 🙂

Ahli kumpulan saya bergambar bersama Puan Zaiton (yang memakai tudung putih di tengah) selaku pengurus pasukan dari CICT

 Â