Assalamualaikum,
Sejak saya bekerja di UTM ini, dalam setahun tu akan diadakan gotong-royong perdana membersihkan kawasan di sekitar jabatan masing-masing dan ruang kerja masing-masing.Bagi saya ia merupakan aktiviti yang sangat bagus.
Selain dapat memupuk rasa bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan di kalangan staff, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama staff di jabatan tersebut.Ini kerana tugasan yang diberikan terutama di jabatan saya adalah gabungan daripada beberapa unit untuk membersihkan sesuatu kawasan tersebut.
Disamping itu, aktiviti gotong-royong ini juga bagus kerana kebersihan kawasan tempat kerja juga terpelihara dan terjaga.Ia memberikan lebih lagi keselesaan untuk staff bekerja.
Recent Comments