Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini dalam penghujung tahun 2019, saya dan keluarga telah pergi bercuti menziarahi sahabat lama saya, Wani dan keluarga sahabat lama ayah saya, keluarga Pak Lang di Jitra, Kedah.
Selepas 2 tahun lebih kami tidak ke Jitra, Kedah, alhamdulillah, kami diberi kesempatan kali ini menziarahi mereka.Alhamdulillah, semua sihat sahaja dan berada dalam keadaan baik.
Walaupun saya dan keluarga sudah lama tidak berjumpa mereka, kami masih ada berhubung melalui aplikasi whatsapp dan facebook sebelum ini. Jadi, apabila bertemu, kami dapat berbual seperti biasa tanpa rasa janggal.
Saya membesar di Jitra, Kedah sehingga berumur 8 tahun manakala ayah saya pernah menetap di sana selama 16 tahun sebelum kami berpindah ke Kluang , Johor .Wani adalah sahabat lama saya sejak di tadika kemas lagi.
Sungguh menggembirakan apabila saya berada di sana dengan pemandangan sekeliling yang penuh dengan sawah padi yang sungguh indah sekali.
Selain itu, di sana kami diberikan layanan yang terbaik oleh mereka dan beberapa keluarga lain juga.
Disebabkan kekangan masa juga menyebabkan saya tidak sempat bertemu jiran-jiran lama di Taman Damai Jaya, Jitra, Kedah, tempat saya dan keluarga pernah menetap suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke Johor.
Semoga ukhwah yang terjalin antara keluarga saya dan mereka semua sentiasa diberkati Allah 🙂
Recent Comments