Archives for December 31, 2019

Program Bangsa Johor Bahagia Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada tarikh 06/04/2019, saya telah menjadi salah seorang ahli taskforce (CICT) bagi Program Bangsa Johor Bahagia Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai.

Ia adalah sebuah pengalaman yang berharga buat saya dan rakan-rakan di CICT yang bertugas pada hari tersebut. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan semua peserta juga memberikan kerjasama yang sebaiknya.

Berikut adalah beberapa  gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut:

 

 

Majlis Persaraan Staff CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum,

Pada tarikh 25/04/2019 warga CICT UTM Johor Bahru telah meraikan staff yang akan bersara iaitu Tuan Haji Samsudin Bin Nyat dan Encik Zainal Bin Ami.

Pada hari tersebut juga diadakan  Majlis Tahlil Perdana dan Ceramah Ambang Ramadhan 1440H dan juga meraikan staff yang menyambut hari kelahiran.

Bergambar bersama staff yang diraikan.

Menu yang istimewa. Nasi Briyani.

 

Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum…

Pada tarikh 15/04/2019, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengadakan lawatan ke CICT UTM Johor Bahru.

Sebuah pengalaman yang amat berharga buat semua warga CICT atas kehadiran YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar pada hari tersebut.

Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam pada hari tersebut:

    

Jamuan Hari Raya CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pada tarikh 23 Jun 2019, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah mengadakan Jamuan Hari Raya CICT .

Menu makanan yang disediakan pada hari tersebut adalah gabungan menu yang dibawa oleh setiap unit di CICT.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada hari tersebut:

 

Gotong-royong perdana UTM

Assalamualaikum,

Sejak saya bekerja di UTM ini, dalam setahun tu akan diadakan gotong-royong perdana membersihkan kawasan di  sekitar jabatan masing-masing dan ruang kerja masing-masing.Bagi saya ia merupakan aktiviti yang sangat bagus.

Selain dapat memupuk rasa bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan di kalangan staff, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama staff di jabatan tersebut.Ini kerana tugasan yang diberikan terutama di jabatan saya adalah gabungan daripada beberapa unit untuk membersihkan sesuatu kawasan tersebut.

Disamping itu, aktiviti gotong-royong ini juga bagus kerana kebersihan kawasan tempat kerja juga terpelihara dan terjaga.Ia memberikan lebih lagi keselesaan untuk staff bekerja.

 

Percutian ke SnowWorld Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, rezeki saya dan keluarga pada tahun 2019 ni dapat bercuti ke Genting Highlands.Ini adalah pertama kali saya dan keluarga ke Genting Highlands.Ia juga merupakan sebuah pengalaman yang indah buat kami sekeluarga.

Berikut adalah salah satu tempat yang kami lawati di sana iaitu SnowWorld.

Mula-mula masuk je dah rasa sejuk.Memang tak boleh lama-lama kat sini.Sekejap je dah cukup sebab sejuk sungguh dalam ni.

mak saya

muka senyum sambil tahan sejuk ni

Rase macam kat luar negara sungguh.

 

..::Mak Saya::..

 

Assalamualaikum,

Inilah mak saya bernama Halijah Binti Shamsudin. Umur mak saya tahun 2019 ni adalah 58 tahun.Mak saya diserang penyakit angin ahmar (stroke) di bahagian sebelah kanan badan ketika berusia 50 tahun. Alhamdulillah, keadaan mak sekarang sihat tapi masih tak boleh bercakap seperti normal. Selain itu, tangan dan kaki kanan mak saya juga belum sembuh sepenuhnya.

Mak saya suka berjalan dan baru-baru ini saya telah bawa mak saya ke Genting Highlands dan Kedah untuk makan angin.

Mula-mula mak saya sakit sungguh besar ujian bagi kami sekeluarga.Pengalaman dan peristiwa yang tidak boleh saya lupakan adalah beberapa bulan selepas mak saya diserang angin ahmar,  adik saya ingin meyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan dalam masa yang sama, saya juga mendapat tawaran yang sama tapi kami di kampus yang berbeza. Ayah saya suruh saya menyambung pengajian, manakala mak saya pula menangis tidak bagi saya pergi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Akhirnya, saya membuat keputusan untuk tidak pergi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan terus sahaja bekerja selepas tamat Diploma.Saya faham mak saya memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi kerana belum sembuh sepenuhnya lagi.

Alhamdulillah, sejak hari itu semakin hari membuatkan saya semakin sayang dan lebih menghargai mak saya.Saya juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menjaga mak saya sehingga hari ini.

Terima kasih mak untuk segalanya.  🙂