Sukan Woodball

Assalamualaikum,

Pada tarikh 06/12/2019 saya telah menyertai perlawanan sukan woodball antara Fakulti atau PTJ di UTM.Ia merupakan salah satu sukan di dalam UTM STAFF GAMES – BAKES 2019 yang dipertandingkan.

Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai sukan ini. Mula-mula memang saya tidak pandai main sukan ini tetapi atas inisiatif urusetia mengadakan Klinik Woodball dan pengurus pasukan CICT sendiri, Puan Zaiton telah memberikan sokongan sepenuhnya untuk kami dengan menggalakkan kami menjalani latihan pada setiap petang selama seminggu sehingga hari pertandingan.

Mempunyai pasukan yang super best juga merupakan faktor saya merasa sungguh gembira menyertai sukan ini dan ia juga merupakan sebuah pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya. Memang teruja juga dapat menyertai sukan ini.

Pada hari pertandingan pula, ia adalah hari yang mendebarkan bagi setiap peserta termasuk saya. Alhamdulillah, rezeki saya apabila saya diletakkan di dalam kumpulan yang super best juga walaupun ahlinya semua dari Jabatan yang berbeza. Di sini kami saling berkenalan dan memberikan sokongan antara satu sama lain dan terasa seperti bukan sedang bertanding sebaliknya seperti sedang menjalani latihan pula. Semoga ukhwah yang terjalin sentiasa diberkati Allah 🙂

Ahli kumpulan saya bergambar bersama Puan Zaiton (yang memakai tudung putih di tengah) selaku pengurus pasukan dari CICT