Archives for December 2020

..::Strategi membina akhlak terpuji::..

Assalamualaikum..

Strategi membina akhlak terpuji :

1.Faham matlamat kejadian diri

2.Hayati tuntutan Islam

3.Tingkatkan Ilmu

4. Hayati kehidupan bermasyarakat

5. Tingkatkan ibadah

6. Baiki kelemahan diri

7. Muhasabah diri

8.Jalinkan kasih sayang sesama insan

..::Komunikasi yang berkesan::..

Assalamualaikum.

Komunikasi yang berkesan:

1.Meminta penjelasan

2.Bersopan santun dan lemah lembut

3. Memberi mesej yang jelas dan khusus

4. Memberi tumpuan

5. Gunakan panggilan yang sesuai

6. Bersedia dari segi mental dan fizikal serta penampilan.

..::Mengurus dengan baik dan jangan terlalu berkira::..

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah kita jangan berkira dengan ibu bapa dan menguruskan mereka dengan baik terutamanya ketika mereka sudah tua.

Peruntukkan diri kita untuk mereka dan mengurus dengan kerelaan agar beban terasa satu kebahagiaan.

Saya akui pada mulanya, kita akan terasa ia adalah beban untuk kita yang muda ini disebabkan kita akan lebih suka untuk mendahulukan diri kita pada waktu ini.Tetapi paling penting pada saat ini adalah banyakkan berdoa dan bersabar juga supaya segala perkara dapat kita laksanakan dengan ikhlas dan dipermudahkan.Inshaa Allah.

..::Didik diri mendahulukan ibu bapa::..

Assalamualaikum..

Saya dapat perkongsian ini dari buku ‘Mak, abah Redailah anakmu’ oleh Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.

Tip untuk didik diri mendahulukan ibu bapa:

  1. Pupuk keperibadian anak kita sejak kecil lagi dengan teladan diri kita pada datuk dan neneknya.
  2. Galakkan diri kita bersikap positif
  3. Tegur diri kita jika silap dan mengetahui sebab dan akibatnya jika berbuat begitu.
  4. Terapkan nilai Islam dalam diri kita sepanjang masa
  5. Didik diri sentiasa berpandukan batasan kebebasan tertentu.
  6. Jangan menghukum kesilapan ibu bapa dengan berlaku biadap tanpa berfikir positif dan berbaik sangka terlebih dahulu.

..::AJK Kelab Bakti Ukhuwah Dan Dinamik (BUDI) UTMDigital , UTM Johor Bahru::..

Assalamualaikum..

Hampir setiap jabatan di dalam UTM ada menubuhkan kelab atau badan kebajikan untuk staf2 mereka. Bagi jabatan saya, pada tahun 2020 ini, nama badan kebajikan staf telah ditukar dari Badan Kebajikan CICT kepada Kelab Bakti Ukhuwah dan Dinamik (BUDI).

Saya telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kelab BUDI. Ia sebuah pengalaman yang baru juga bagi saya disebabkan saya tidak pernah lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa kelab atau badan kebajikan staf sebelum ini.

Berikut adalah gambar kenangan ahli jawatankuasa Kelab Bakti Ukhuwah dan Dinamik (BUDI) untuk tahun 2020/2021.

..::Jamuan Majlis Perpisahan Staf Bertukar Unit::..

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini adalah tentang kawan2 pejabat saya yang bertukar unit bermula 1 Januari 2021.Walaupun saya baru 3 tahun lebih di unit ini, ada antara mereka yang saya sudah kenal sejak dari tahun 2012 lagi masa saya mula2 bekerja di RMC, UTM sebab kami pernah berkursus sekali.

Pertukaran mereka ke unit lain pasti akan terasa juga walaupun kami masih lagi di bawah jabatan yang sama.Tapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Saya doakan mereka terus cemerlang di tempat baru nanti.

Semoga persahabatan dan ukhuwah silaturrahim yang terjalin antara kita semua terus berkekalan dan sentiasa diberkati Allah.

..::Bersyukur Dengan Apa Yang Ada::..

Assalamualaikum..

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (Sahih Bukhari No. 6490). Status : Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.Allah juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian.Menerusi ujian tersebut, Allah akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar2 bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.

2. Seseorang yang benar2 beriman akan memiliki hati yang sentiasa mengekalkan sifat syukur di atas segala nikmat dan rezeki yang dimiliki.Dia akan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki terhadap nikmat yang diperoleh oleh orang lain serta mengurangkan kerisauan hati daripada mengejar harta duniawi.Syukur dan sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang lebih rendah daripadanya.

3. Memandang kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan fizikal akan menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada kedengkian dan mengikis sifat syukur.

4. Memandang kepada seseorang yang lebih rendah atau kurang daripada kita, maka ia akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian Allah.

5. Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

..::Sedekah::..

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini adalah tentang sedekah.Saya suka membaca tentang fadilat sedekah dan jika ada di mana2 perkongsian di instagram atau facebook pasti saya akan screenshot untuk rujukan.

Walaupun sedikit kita memberi kepada orang lain, selain ganjaran pahala yang kita perolehi, Allah juga akan gantikan atau berikan kepada kita lebih daripada apa yang kita berikan.

Dengan pandemik COVID-19 sekarang, banyak peluang dan cara untuk kita sama2 menghulurkan bantuan kepada orang lain terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga yang terjejas pendapatan untuk kelangsungan hidup.

Semoga kita semua sentiasa diberikan peluang dan kesempatan untuk memberi kepada orang lain.

Ini saya dapat dari instagram nurhelizahelmi

6 Sebab kenapa best bersedekah:

  1. Allah akan ampunkan dosa
  2. Masuk pintu syurga khusus untuk orang yang suka bersedekah
  3. Mendapat naungan pada hari akhirat
  4. Memisahkan diri dari neraka
  5. Panjang umur dan elak mudarat
  6. Tambah rezeki

Ini saya dapat dari group WhatsApp Usrah Muslimat UTM:

Sedekah yang paling agung :

Sedekah ketika wang tak banyak, ketika kita takut jatuh miskin, kita takut hilang harta, ketika kita cinta kepada harta itu. Sedekah ketika kita harapkan kekayaaan. Sedekah ketika kita rasa kedekut.Sedekah ketika masa nak kumpul harta, sedekah ketika susah, sedekah ketika muda.

..::Review Quran Humaira Batik beserta Tagging::..

Assalamualaikum..

Di sini saya letakkan perkongsian saya tentang Quran Humaira.

Alhamdulillah, saya berkesempatan membeli Quran Humaira keluaran batik berserta tagging.

Selain itu,di dalam Al-Quran tersebut juga terdapat terjemahan yang mudah untuk difahami, hadis serta hukum tajwid yang akan lebih memudahkan pemahaman kita dalam membaca Al-Quran dan beramal dengannya.

Percuma yassin dan tasbih manik
Panduan tagging Al-Quran dan Asmaul Husna
tempat untuk letak kad atau apa2 nota
Hadis
Tagging setiap juzuk yang memudahkan carian per juzuk
Hukum tajwid untuk memudahkan bacaan al-Quran dengan tartil.
Panduan berwakaf yang disediakan amat2 berguna dan bermanfaat.
Di belakang juga ada disediakan Asmaul Husna
Disediakan tempat untuk menyimpan pen atau pensel di sebelah belakang
Kulit belakang

..::Elakkan 8 perkara berikut agar proses pembelian rumah anda menjadi lebih lancar::..

  1. Jangan beli kereta mahal
  2. Jangan buat pembiayaan peribadi
  3. Jangan refinance rumah
  4. Jangan letak emas di Ar-Rahnu
  5. Jangan lupa bayar PTPTN
  6. Jangan tunggu gaji besar
  7. Jangan bagi orang pinjam nama
  8. Jangan banyak buat loan ASB