Archives for December 25, 2020

Penginapan di Pulau Tioman

Assalamualaikum..

Di Pulau Tioman terdapat banyak tempat2 penginapan yang boleh kita duduki ketika bercuti di sana.Ketika saya ke sana menghadiri jemputan majlis perkahwinan, rumah sepupu saya di Kg.Juara.Jadi, kami menginap di chalet2 yang berhampiran dengan rumah pengantin di Kg.Juara.

Sungguh tidak mengecewakan menginap di sini kerana chalet2 yang terdapat di sini kebanyakannya berhampiran kawasan pantai sahaja dan harga juga murah untuk semalam.Ketika saya ke sana, saya menyewa chalet di Beach Shack Chalet dan Permata Beach Chalet.

Pemandangan dari Permata Beach Chalet ni mmg terbaik , cantik view pantainya dari kawasan bilik yang sy menginap.Betul2 berdepan dengan pantai.Juga merupakan sebuah kenangan yang tak akan saya lupakan.

Buai ni betul2 berdepan dengan kedai makan di Beach Shack Chalet.Makanan pon sedap dekat kedai makan di sini.
Disebalik pokok kelapa tu terdapat antaranya adalah Permata Beach Chalet.Betul2 mengahadap pantai chaletnya.
Pemandangan dari dalam bilik.Sungguh indah dan cantik!! 🙂

.::Taman Laut Pulau Tioman::.

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah tentang lawatan saya ke Taman Laut Pulau Tioman.Taman Laut ini best juga.Selain kita bole buat aktiviti snorkling, kita juga bole buat aktiviti bagi makan ikan.

Di sekitar kawasan tempat itu juga terdapat gerai2 untuk kita menyewa kelengkapan snorkling dan ada juga gerai2 jualan makanan.Tempatnya memang bersih dan terjaga.Pertama kali saya sampai di sini dan ianya memang tempat yang menarik juga untuk dilawati jika sudah sampai ke Pulau Tioman.

..::Percutian ke Pulau Tioman::..

Assalamualaikum,

Tahun 2020 ini merupakan tahun di mana saya dan keluarga lebih banyak pergi bercuti ke pantai.

Rasenya saya tidak pernah ke Pulau Tioman.Jadi, pada bulan 3 tahun 2020 sy berkesempatan bercuti di sana atas urusan majlis perkahwinan sepupu saya di Kg.Juara, Pulau Tioman.Alhamdulillah, rezeki juga dapat ke sana menikmati pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah.

Kebiruan dan kejernihan air pantai di Kg.Juara mmg tak dapat saya lupakan sampai bila2..sebuah pengalaman yang cukup indah dan best.

Sedikit perkongsian pengalaman saya ke sana ye 🙂

Bergerak seawal pagi ke Mersing dan menaiki feri ke Tekek, Pulau Tioman .Setibanya di tekek kami menaiki kenderaan jenis HILUX untuk ke Kg.Juara pulak.Perjalanan ke Kg.Juara memang mencabar disebabkan jalannya yang berbukit.

kenderaan yang digunakan untuk melalui jalan menuju ke Kg.Juara, Pulau Tioman.
Ni baru je turun dari feri sampai di jeti Tekek, Pulau Tioman.