Penginapan di Pulau Tioman

Assalamualaikum..

Di Pulau Tioman terdapat banyak tempat2 penginapan yang boleh kita duduki ketika bercuti di sana.Ketika saya ke sana menghadiri jemputan majlis perkahwinan, rumah sepupu saya di Kg.Juara.Jadi, kami menginap di chalet2 yang berhampiran dengan rumah pengantin di Kg.Juara.

Sungguh tidak mengecewakan menginap di sini kerana chalet2 yang terdapat di sini kebanyakannya berhampiran kawasan pantai sahaja dan harga juga murah untuk semalam.Ketika saya ke sana, saya menyewa chalet di Beach Shack Chalet dan Permata Beach Chalet.

Pemandangan dari Permata Beach Chalet ni mmg terbaik , cantik view pantainya dari kawasan bilik yang sy menginap.Betul2 berdepan dengan pantai.Juga merupakan sebuah kenangan yang tak akan saya lupakan.

Buai ni betul2 berdepan dengan kedai makan di Beach Shack Chalet.Makanan pon sedap dekat kedai makan di sini.
Disebalik pokok kelapa tu terdapat antaranya adalah Permata Beach Chalet.Betul2 mengahadap pantai chaletnya.
Pemandangan dari dalam bilik.Sungguh indah dan cantik!! 🙂