..::Percutian ke Pulau Tioman::..

Assalamualaikum,

Tahun 2020 ini merupakan tahun di mana saya dan keluarga lebih banyak pergi bercuti ke pantai.

Rasenya saya tidak pernah ke Pulau Tioman.Jadi, pada bulan 3 tahun 2020 sy berkesempatan bercuti di sana atas urusan majlis perkahwinan sepupu saya di Kg.Juara, Pulau Tioman.Alhamdulillah, rezeki juga dapat ke sana menikmati pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah.

Kebiruan dan kejernihan air pantai di Kg.Juara mmg tak dapat saya lupakan sampai bila2..sebuah pengalaman yang cukup indah dan best.

Sedikit perkongsian pengalaman saya ke sana ye 🙂

Bergerak seawal pagi ke Mersing dan menaiki feri ke Tekek, Pulau Tioman .Setibanya di tekek kami menaiki kenderaan jenis HILUX untuk ke Kg.Juara pulak.Perjalanan ke Kg.Juara memang mencabar disebabkan jalannya yang berbukit.

kenderaan yang digunakan untuk melalui jalan menuju ke Kg.Juara, Pulau Tioman.
Ni baru je turun dari feri sampai di jeti Tekek, Pulau Tioman.