Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sejak saya sekeluarga berpindah ke Johor dari Kedah, kami direzekikan jiran2 yang sangat2 baik.Disebabkan ayah saya bekerja sebagai polis, kami sekeluarga memang selalu berpindah.Selama 16 tahun kami tinggal di Jitra, Kedah.Walaupun saya tinggal di kedah sehingga berumur 8 tahun, tapi saya masih menghubungi beberapa jiran di Taman Damai Jaya, Jitra juga sekarang ini jika sesekali ada ke Kedah untuk berjumpa mereka.Saya sekeluarga mula berpindah dari Jitra, Kedah ke Kluang , Johor pada penghujung tahun 1997.Sekarang masih ada jiran yang masih tinggal di sana dan ada yang sudah berpindah ke taman lain juga.
Ini antara kenalan yang saya akan pergi berjumpa jika berkesempatan apabila pergi ke Jitra, Kedah




Tempat pertama yang saya pindah di Johor adalah Berek Polis di Kluang.Pelbagai pengalaman yang kami lalui termasuklah pernah salah sebuah rumah jiran kami terbakar.Di sini, memang semangat kejiranan yang tinggi juga.Walaupun saya tinggal di tingkat 3, Blok A, tapi kawan saya ada dari semua blok, antaranya dari Blok A, Blok B , Blok C dan Blok D.Selain itu, jiran saya juga ada dari kaum lain selain melayu.
Kemudian , pada tahun 2001, kami dari berek polis ini dipindahkan ke Taman Perumahan Polis Padang Tembak yang baru siap dibina pula.Ini adalah kawasan perumahan anggota polis yang baru menggantikan berek polis lama.Majoriti kejiranan saya di Taman Perumahan Polis Padang Tembak adalah jiran yang dari Berek Polis lama dan ada juga jiran2 baru yang dari daerah lain.Bilangan blok juga adalah lebih banyak berbanding berek polis yang lama.Walaupun sejak tahun 2012 kami sekeluarga sudah berpindah keluar dari Taman Perumahan Polis tersebut, kami sekeluarga masih berhubung juga dengan jiran2 lama yang masih tinggal di Taman Perumahan Polis Padang Tembak ketika itu.Sekarang pada tahun 2020, ramai yang sudah bersara dan ada antaranya yang berpindah ke taman , daerah dan negeri lain juga.Walaupun begitu, media sosial seperti facebook dan instagram serta mesej di aplikasi whatsApp adalah penghubung kami untuk saling berhubung antara satu sama lain.


Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara saya dan keluarga dengan mereka semua Allah pelihara dan berkati selamanya.
Inshaa Allah 🙂
Recent Comments