Archives for December 27, 2020

..::Sambutan Ulangtahun Kelahiran Adam::..

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah berkaitan sambutan ulangtahun kelahiran anak saudara saya yang sulung iaitu Muhammad Adam Faris.Alhamdulillah, sambutan yang sederhana tapi amat2 bermakna.Tarikh 16 September yang merupakan hari cuti umum juga adalah baik sebab kami juga cuti dan berkesempatan untuk meraikan dengan ahli keluarga terdekat.

Kek istimewa yang ditempah dari Kak Zah atau instagram akak ni zahcahayamuis juga adalah yang terbaik sebab dia bole buat ikut tema yang kita mahukan.Kali ini saya menempah kek tema angkasa dan ia sangat2 cantik dan sedap!!! 🙂

Adam, Arissa dan nenek wan
Adam tak suka gambar dia jadi angkawasan.C.EE print utk surprisekan dia.hehhehe..
Adam dan adik dia, Arissa

.::Berkelah dengan kawan2 di Sedili Kota Tinggi::.

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian percutian saya dan kawan2 pejabat ke Sedili Kota Tinggi.Aktiviti perkelahan kami di sana untuk satu hari sungguh menarik.Walaupun penuh seharian di sana pada waktu siang, memang sesuatu yang menyeronokkan.Alhamdulillah, dari pagi sehingga pukul 3 lebih petang macamtu cuaca baik dan kemudian mendung dan mulai hujan pada sebelah petang.

Kami bertolak pada waktu pagi dan sampai pada jam lebih kurang pukul 9 lebih macamtu.Kemudian kami mula aktiviti mendirikan khemah dan menghidupkan api untuk bbq pula.Kemudian, sambil menunggu kawan2 lain yang mandi manda di pantai, kami teruskan aktiviti dengan bermain kad uno.

Pemandangan yang sungguh cantik dan air pantai yang tenang juga sungguh mendamaikan walaupun di bawah matahari yang panas waktu itu.

.::Songket::.

Assalamualaikum…

Sesi bergambar warga UTMDigital UTM Johor Bahru bersama Pengarah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 dan Sambutan Hari Malaysia 2020 adalah bertemakan baju kebangsaan songket.Menarik juga tema kali ini sebab kami juga jarang berbaju songket datang ke pejabat.

.::Mersing::.

Assalamualaikum..

Sejak dari kecil lagi saya dan keluarga sering ke pantai.Masa menetap di Kedah kami selalu ke Langkawi disebabkan ada sepupu ayah saya yang bekerja di situ dan kami menginap di rumah dia jika ke sana.

Kemudian, apabila berpindah di Johor, ayah saya suka membawa saya sekeluarga ke pantai di Mersing dan Kota Tinggi untuk makan angin apabila hari cuti terutamanya cuti umum.Sudah menjadi kebiasaan, sehingga sekarang pada hujung minggu jika berkelapangan saya akan ke pantai di Mersing dan Kota Tinggi pula untuk makan angin.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar kenangan percutian saya di Pantai Air Papan, Mersing.

.::Syawal 1441H::.

Assalamualaikum..

Sambutan hari raya saya sekeluarga pada tahun ini berbeza sedikit kerana norma kehidupan yang baru disebabkan Covid-19.Pagi raya kami sekeluarga beraya di rumah sambil menikmati hidangan menu hari raya.

Selepas itu kami sekeluarga ke rumah nenek kami di Felda Ayer Hitam, Johor.Di rumah nenek pon kami bergilir-gilir datang dengan sanak saudara yang lain kerana hanya dibenarkan cuma 20 orang tetamu sahaja dalam satu masa untuk datang berziarah.

Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini sedikit suram sebab tiada aktiviti marhaban dan ziarah rumah ke rumah seperti tahun2 sebelum ini, ia juga suatu yang bermakna buat saya sebab masih berkesempatan menyambutnya dengan ahli keluarga saya , dengan mak,ayah dan adik beradik saya juga.