.::Berkelah dengan kawan2 di Sedili Kota Tinggi::.

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian percutian saya dan kawan2 pejabat ke Sedili Kota Tinggi.Aktiviti perkelahan kami di sana untuk satu hari sungguh menarik.Walaupun penuh seharian di sana pada waktu siang, memang sesuatu yang menyeronokkan.Alhamdulillah, dari pagi sehingga pukul 3 lebih petang macamtu cuaca baik dan kemudian mendung dan mulai hujan pada sebelah petang.

Kami bertolak pada waktu pagi dan sampai pada jam lebih kurang pukul 9 lebih macamtu.Kemudian kami mula aktiviti mendirikan khemah dan menghidupkan api untuk bbq pula.Kemudian, sambil menunggu kawan2 lain yang mandi manda di pantai, kami teruskan aktiviti dengan bermain kad uno.

Pemandangan yang sungguh cantik dan air pantai yang tenang juga sungguh mendamaikan walaupun di bawah matahari yang panas waktu itu.