.::Syawal 1441H::.

Assalamualaikum..

Sambutan hari raya saya sekeluarga pada tahun ini berbeza sedikit kerana norma kehidupan yang baru disebabkan Covid-19.Pagi raya kami sekeluarga beraya di rumah sambil menikmati hidangan menu hari raya.

Selepas itu kami sekeluarga ke rumah nenek kami di Felda Ayer Hitam, Johor.Di rumah nenek pon kami bergilir-gilir datang dengan sanak saudara yang lain kerana hanya dibenarkan cuma 20 orang tetamu sahaja dalam satu masa untuk datang berziarah.

Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini sedikit suram sebab tiada aktiviti marhaban dan ziarah rumah ke rumah seperti tahun2 sebelum ini, ia juga suatu yang bermakna buat saya sebab masih berkesempatan menyambutnya dengan ahli keluarga saya , dengan mak,ayah dan adik beradik saya juga.