Archives for December 28, 2020

..::Sahabat istimewa::..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat2 direzekikan sahabat2 yang baik sejak dari sekolah lagi.Walaubagaimanapun, ingin saya ceritakan di sini kisah sahabat istimewa saya yang seorang ini.Nama dia Junaidah Binti Basir.Orang Kluang, juga selalu balik Kluang jika cuti hujung minggu.

Berjumpa Jun pada bulan Mac 2012

Ditakdirkan Allah, kami berjumpa pada tahun 2012 dlm bulan Mac macamtu.Ketika itu Jun baru je keje di Research Management Center(RMC), UTM Skudai, Johor.Saya pula sudah 2 bln lebih keje sejak melaporkan diri di RMC, UTM.Kami sama2 keje di Jabatan yang sama tetapi berlainan unit.Saya di unit IT dan Jun di Unit Projek.

Satu hari seorang staf di RMC menelefon saya bertanyakan jika saya ingin mencari kawan untuk menyewa rumah sebab Jun juga sedang mencari rumah sewa.Kemudian, kami memohon rumah Flat MBJBT. Alhamdulillah, syukur sangat2 lulus dan kami sempat duduk di situ sekejap.Ia adalah permulaan saya menyewa rumah dengan Jun.Pelbagai peristiwa dan pengalaman kami lalui bersama sejak dari itu.Pernah saya tumpang jun pergi keje menaiki motorsikal, saya menumpang kereta jun ke tempat keje dan macam2 lagi perkara yang kami lalui bersama, susah senang bersama.

Saya memang mudah untuk berkawan tetapi saya percaya, untuk mencari kawan yang istimewa dalam hidup kita sungguh susah dan payah.Tanpa sengaja, hari demi hari kami menjadi rapat.Paling saya suka tentang Jun adalah dia kawan yang akan menegur saya jika saya ada buat salah dan setiap teguran yang diberikan kepada saya adalah suatu yang betul dan perlu untuk saya perbaiki juga.Ia suatu yang amat berharga bagi saya sepanjang berkawan dengan dia.

Kemudian, kami menyewa di kawasan rumah Teres di Desa Skudai bersama kawan2 yang satu unit dengan saya dimana saya panggil mereka sebagai akak2 Kelantan sebab ketiga-tiga mereka adalah berasal dari Kelantan.Alhamdulillah, sekali lagi Allah rezekikan saya dengan kawan2 serumah yang sangat2 baik.Akak2 Kelantan ini iaitu Kak Midah, Kak Sal dan Kak Ina banyak membantu saya baik dalam urusan kerja atau urusan peribadi.Banyak saya kongsi dengan mereka dan Jun segala permasalahan dan cerita saya.Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang dan kesempatan kepada saya untuk terus berkawan dengan mereka sehingga sekarang.

Selepas itu, saya dan Jun terpisah sekejap di mana Jun menyewa di rumah lain dan saya di rumah kawasan lain juga, selepas kesemua akak2 Kelantan berpindah kerana masing2 sudah mendirikan rumahtangga.Pada waktu ini saya ok je sebab walaupun sudah tidak tinggal serumah dengan Jun, kami masih bekerja dalam jabatan yang sama di RMC, UTM di mana kami masih berjumpa di pejabat pada waktu kerja.

Berpisah dengan Jun pada bulan Ogos 2016

Kemudian, saya berpindah tempat keje di UTM KL pada bulan Ogos 2016 dan terpisah tempat kerja pula dengan Jun.Di KL, saya tinggal di Kolej Siswa Jaya.Rasa sunyi dan terasa kehilangan kawan seperti Jun buat sementara.Masa ini saya dapat rasakan saya tidak akan dapat kawan seperti Jun lagi.Alhamdulillah, Allah rezekikan saya dengan kawan sebelah bilik yang baik dan seperti Jun juga sifatnya.Dia juga akan menegur saya jika ada salah yang saya lakukan.Selain itu, kawan saya, Nazerah sangat2 baik sehinggakan dia mengajar saya pada mulanya bagaimana cara untuk pergi ke tempat kerja dari kolej dengan menaiki bas UTM dan cara2 nak menaiki LRT ke TBS terutamanya dan juga bagaimana cara nak menaiki bas dan LRT ke tempat2 lain di KL.

Berjumpa Jun kembali pada bulan Julai 2017

Alhamdulillah, selepas setahun saya di UTM KL, saya kene attachment di UTM JB.Pada ketika ini, Jun adalah kawan yang saya hubungi untuk tempat tinggal saya di JB.Saya memang berniat nak tinggal menyewa di rumah Jun sebab tiada kenalan lain yang saya rapat untuk tinggal buat sementara waktu ketika mula2 tiba di UTM JB semula waktu itu. Kemudian, Jun memberi cadangan untuk saya tinggal di rumah salah seorang akak yang berkerja di RMC kerana rumah yang Jun menyewa juga sudah penuh dan saya tinggal di rumah kak Zu untuk beberapa bulan.

Takdir Allah lagi, seorang kawan rumah yang Jun menyewa nak keluar dan akan ada satu bilik kosong di rumah dia.Jun mempelawa saya menyewa dengan dia di Taman Pulai Utama dan saya setuju.Sungguh saya tak sangka akan tinggal serumah dengan Jun lagi.Rezeki sungguh 🙂

Kemudian, atas sebab tertentu, kami serumah buat keputusan untuk berpindah atas faktor keselamatan dan kami menyewa di Taman Universiti.Memang banyak kenangan sepanjang menyewa serumah dengan Jun.Sedih, gembira, teruja dan terharu pun ada juga.Memang istimewa sungguh kawan saya Jun ini.

Berpisah dengan Jun pada Mac 2020

Pada bulan Mac tahun 2020 saya dan Jun berpisah kembali sebab Jun menyewa di tempat lain dan saya pula berpindah ke tempat lain.Perasaan pada kali ini berbeza seperti nak berpisah sebelum ini.Sejujurnya, saya rasa amat sedih dan perasaan ini sudah saya rasai beberapa bulan sebelum kami betul2 keluar dari rumah di Taman Universiti tersebut.Namun, saya redha atas ketentuan Allah ini dan percaya ini adalah yang terbaik dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

Berjumpa Jun kembali pada bulan Jun 2020

Takdir Allah lagi, pada bulan Jun 2020, seorang kawan rumah saya keluar dan ada satu bilik kosong di rumah saya.Saya pula mempelawa Jun tinggal menyewa di rumah sewa saya dan Jun setuju.Alhamdulillah, kami kembali tinggal serumah.Alhamdulillah, rezeki sungguh dapat kawan serumah Jun lagi.Masa ini saya memang kena cari rakan serumah untuk bilik kosong tersebut.Saya hanya berdoa supaya direzekikan kawan serumah yang baik itu sudah mencukupi tetapi Allah bagi kawan serumah adalah Jun.Sungguh di luar jangkaan saya dan bagaikan mimpi pula rasanya.Tapi ia memang realiti yang sebenarnya.

Berpisah dengan Jun pada Disember 2020

Kemudian, Jun dapat rumah sewa lain di kawasan perumahan yang lebih dekat dengan tempat kerja dia.Jadi, dapat saya rasakan dia sangat berat hati untuk memberitahu saya akan niat dia untuk berpindah. Alhamdulillah, selepas dia memberitahu saya sebab dia hendak berpindah ke rumah lain, saya dapat menerimanya dengan tenang dan baik.Perasaan kali ini berbeza dengan sebelum ini masa kami nak berpisah ketika tinggal di Taman Universiti.Masa dulu rasa berat sungguh hati.Tapi, kali ini saya rasa tenang.Saya redha dengan ketentuan Allah atas perpisahan kami tidak tinggal serumah lagi sekarang ini. Inshaa Allah, ada rezeki dan kelapangan saya dan Jun pasti akan berjumpa lagi nanti.

Ini lah sahabat baik saya, Junaidah Binti Basir 🙂
Bergambar kenangan depan RMC,UTM tempat pertama kali saya dan Jun jumpa dan berkenalan 🙂
Kenangan manis bersama mereka ex-opismate dan ex-housemate Taman Desa Skudai @ akak2 kelantan..Love u all 🙂
Bergambar dengan ex-housemate Taman Universiti
Kak sal seorang yang tak ada sebab dia tinggal jauh di Sarawak sekarang ini.Sudah beberapa tahun juga saya dah tak jumpa Kak Sal sejak dia berpindah ke Sarawak..We always misss u Kak sal 🙂