Archives for December 29, 2020

..::Taman Buaya Langkawi::..

Assalamualaikum..

Bercerita tentang taman buaya Langkawi ini saya ingat kali terakhir pergi masa saya kecil dahulu.Selepas itu saya tak pernah ke sana sehinggalah saya pergi ke Langkawi pada penghujung tahun 2019 yang lepas.Banyak kenangan saya di Taman Buaya Langkawi ini pada zaman kanak2 dulu dan apabila ke sana lagi ia mengimbau kembali kenangan saya masa datang ke sana dahulu bersama keluarga.

Kali ini saya pergi bersama anak sedara saya pulak juga dengan mak dan ayah saya.

Ketika ke sana, selain dapat melihat buaya yang bermacam jenis, kami juga berkesempatan melihat pertunjukan buaya dan pertunjukan Jurassic Croc.

Pertunjukan Jurassic Croc 🙂

..::Cable Car Langkawi::..

Assalamualaikum..

Saya dan keluarga telah pergi ke Jitra, Kedah untuk menziarahi kawan2 di sana dan kami sempat singgah ke Langkawi juga pada waktu itu.

Saya nak berkongsi tentang percutian saya dan keluarga ke sana. Pada mulanya kami tidak merancang untuk ke sana tetapi ada pak cik sedara ajak ke sana dan kami ikut sahaja dia.Disebabkan pakcik sedara ini bawa kereta dia masuk sana, jadinya memang kami berjalan sakan juga kat sana.

Kebetulan saya memang dah lama tak ke Langkawi sejak kali terakhir pergi masa percutian dengan kawan saya Wani yang juga tinggal di Jitra Kedah dulu.Kesempatan kali ini ke Langkawi memang saya gunakan sebaik mungkin dengan melawat tempat2 yang menarik juga.Antara tempat yang menarik adalah Cable Car Langkawi.

..::Meraikan sambutan ulangtahun hari kelahiran akak kelantan, Kak Midah::..

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian kali ini adalah berkaitan aktiviti meraikan sambutan ulangtahun hari kelahiran salah seorang akak kelantan kesayangan saya iaitu kak Noor Hamidah atau saya panggil kak Midah.Akak ni saya kenal masa mula2 keje di RMC, UTM JB. Kemudian kami menyewa satu rumah dan menjadi semakin rapat selepas itu sehinggalah sekarang juga.

Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan jika kita dapat menggembirakan orang lain.Saya selalu juga ajak akak ni teman gi makan tengahari kadang2 kalau ingin makan di SDS, Skudai sekali sekala.

Suatu kebahagiaan jika kami ex-housemate dapat berkumpul bersama meraikan hari istimewa kak Midah. Walaupun masa yang diambil terlalu singkat sebab kami buat masa waktu makan tengahari pada hari bekerja, tapi ia cukup bermakna buat saya.Sekali lagi saya menempah kek coklat double indulgence dari kak Zah sebab kak midah memang suka kek coklat juga.

Ini kami dengan Jun. Gigih jun dtg makan bersama walaupun dia dari sekolah masa ini sebab dah berlainan tempat keje dengan kami semua.

..::Sambutan Syawal 1441H di pejabat::..

Assalamualaikum..

Sambutan syawal dengan kawan2 pejabat pada tahun ini berlainan sedikit sebab kami hanya berkesempatan meraikan bersama-sama dengan menjamu selera juadah menu hari raya di pejabat.

Disebabkan COVID-19, segala pergerakan adalah dihadkan semasa hari perayaan tersebut. Jadi, saya tidak berkesempatan berziarah ke rumah kawan2 pejabat yang lain dengan menikmati hidangan menu hari raya di rumah mereka.

Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.

ni kawan2 ex-opismate masa di unit IT, RMC

..::Brisk walk sekitar UTM Johor Bahru::..

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah tentang aktiviti santai petang jalan2 di sekitar UTM Johor Bahru antara saya dan kawan2 pejabat yang lain.

Aktiviti ini bagi saya sangat2 menarik sebab bermula dengan jarak yang dekat dengan pejabat dan kemudian jauh sedikit.Selain itu, saya juga secara tak sengaja dapat menikmati pemandangan di kawasan2 yang jarang saya pergi atau singgah dan tempat2 lain juga dalam kampus UTM yang ada antaranya saya memang tak pernah lalu dengan berjalan kaki juga ke tempat tersebut melainkan melaluinya dengan menaiki kereta.

..::PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020- UTMDIGITAL FUN WALK ::..

Assalamualaikum..

Pada 16 Ogos 2020, UTMDigital dengan kerjasama Kelab BUDI (Bakti Ukhuwah & Dinamik) telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 – UTMDigital Fun Walk.

Lokasi kami berjalan bermula dari depan Tasik Pejabat Kesihatan Universiti (PKU), UTM Johor Bahru bermula pada jam 7.45 pagi. Aktiviti ini disertai oleh staff UTMDigital.

Disamping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain kerana ia melibatkan staff dari pelbagai unit.

Sedikit perkongsian gambar pada hari tersebut: