..::Cable Car Langkawi::..

Assalamualaikum..

Saya dan keluarga telah pergi ke Jitra, Kedah untuk menziarahi kawan2 di sana dan kami sempat singgah ke Langkawi juga pada waktu itu.

Saya nak berkongsi tentang percutian saya dan keluarga ke sana. Pada mulanya kami tidak merancang untuk ke sana tetapi ada pak cik sedara ajak ke sana dan kami ikut sahaja dia.Disebabkan pakcik sedara ini bawa kereta dia masuk sana, jadinya memang kami berjalan sakan juga kat sana.

Kebetulan saya memang dah lama tak ke Langkawi sejak kali terakhir pergi masa percutian dengan kawan saya Wani yang juga tinggal di Jitra Kedah dulu.Kesempatan kali ini ke Langkawi memang saya gunakan sebaik mungkin dengan melawat tempat2 yang menarik juga.Antara tempat yang menarik adalah Cable Car Langkawi.