..::Meraikan sambutan ulangtahun hari kelahiran akak kelantan, Kak Midah::..

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian kali ini adalah berkaitan aktiviti meraikan sambutan ulangtahun hari kelahiran salah seorang akak kelantan kesayangan saya iaitu kak Noor Hamidah atau saya panggil kak Midah.Akak ni saya kenal masa mula2 keje di RMC, UTM JB. Kemudian kami menyewa satu rumah dan menjadi semakin rapat selepas itu sehinggalah sekarang juga.

Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan jika kita dapat menggembirakan orang lain.Saya selalu juga ajak akak ni teman gi makan tengahari kadang2 kalau ingin makan di SDS, Skudai sekali sekala.

Suatu kebahagiaan jika kami ex-housemate dapat berkumpul bersama meraikan hari istimewa kak Midah. Walaupun masa yang diambil terlalu singkat sebab kami buat masa waktu makan tengahari pada hari bekerja, tapi ia cukup bermakna buat saya.Sekali lagi saya menempah kek coklat double indulgence dari kak Zah sebab kak midah memang suka kek coklat juga.

Ini kami dengan Jun. Gigih jun dtg makan bersama walaupun dia dari sekolah masa ini sebab dah berlainan tempat keje dengan kami semua.