..::Jamuan Majlis Perpisahan Staf Bertukar Unit::..

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini adalah tentang kawan2 pejabat saya yang bertukar unit bermula 1 Januari 2021.Walaupun saya baru 3 tahun lebih di unit ini, ada antara mereka yang saya sudah kenal sejak dari tahun 2012 lagi masa saya mula2 bekerja di RMC, UTM sebab kami pernah berkursus sekali.

Pertukaran mereka ke unit lain pasti akan terasa juga walaupun kami masih lagi di bawah jabatan yang sama.Tapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Saya doakan mereka terus cemerlang di tempat baru nanti.

Semoga persahabatan dan ukhuwah silaturrahim yang terjalin antara kita semua terus berkekalan dan sentiasa diberkati Allah.

Speak Your Mind

*