Penawar Hati itu ada lima:
- Membaca Al-Quran dengan tadabbur (renungan)
- Kosongnya perut (dengan puasa)
- Qiyamul Lail (shalat malam)
- BerdoΓ‘ di waktu sahur (sepertiga malam terakhir)
- Dan duduk bersama orang-orang shalih
Perjalanan Seribu Batu Bermula Dari Satu Langkah
"Usaha,Doa Dan Tawakal"
Penawar Hati itu ada lima:
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian saya pada kali ini adalah berkaitan SQL dengan condition NOT IN atau IN.
Dalam bidang pengaturcaraan, selain coding dalam bahasa pengaturcaraan tersebut, pengetahuan dalam SQL juga adalah perlu. Kebiasaannya kita akan membuat SQL dengan condition WHERE.
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya dalam membuat pengaturcaraan menggunakan SQL IN atau NOT IN yang melibatkan integer/string lebih dari satu.
Contoh:
TABLE NAME: STUDENT
COLUMN :
COLUMN 1 : NAME
COLUMN 2: MATRICNO
COLUMN 3: COURSE_CODE
string courseCode = “”;
string strCourseCode = string.Empty;
Jadi dalam ASP.NET coding, saya ingin mendapatkan nilai string strCourseCode adalah (‘DDWA’, ‘SKEE’, ‘SKTK’) untuk dimasukkan dalam sql B sebagai nilai
====> ‘DDWA’, ‘SKEE’, ‘SKTK’
foreach (DataRow row in dt.Rows)
{
//dptkan kod course yang nak dikeluarkan dari list SQL B dengan cara looping based on SQL A
courseCode= row["KOD_COURSE"].ToString();//dapatkan kod course dari SQL A
strCourseCode = strCourseCode + "'" + courseCode + "', ";
}
//output
strCourseCode = 'DDWA', 'SKEE', 'SKTK',
//coding untuk hilangkan comma yang terakhir di value string yang warna merah tersebut.
strCourseCode = strCourseCode.Remove(strCourseCode.Length- 2);
//contoh output value strCourseCode selepas buang comma yang terakhir warna merah tersebut akan jadi :
'DDWA', 'SKEE', 'SKTK'
//sql B
string sql = @” SELECT NAME, FROM STUDENT WHERE MATRICNO = ‘12345’ AND COURSE_CODE NOT IN (” + strCourseCode+ “) “;
Jika ingin masukkan dalam list B senarai course tersebut perlu menggunakan SQL IN.Contoh SQL:
string sql = @” SELECT NAME, FROM STUDENT WHERE MATRICNO = ‘12345’ AND COURSE_CODE IN (” + strCourseCode+ “) “;
Assalamualaikum..
Perkongsian saya pada kali ini adalah tentang lawatan saya ke Gua Kelam, Perlis.Tempat ini kali terakhir saya pergi sebelum ini adalah ketika zaman kanak2.Memang dah lama sangat saya tak ke sana.Setiap kali ke Jitra, Kedah saya belum sempat lagi ke sana.
Kebetulan kami sekeluarga singgah di rumah mertua abang kedua saya di Perlis dan berkesempatan juga singgah di Gua Kelam.Selain taman buaya di Langkawi, Gua Kelam juga adalah tempat yang sungguh nostalgia bagi saya sebab ia adalah memori percutian saya ke sana pada zaman kanak2.
Hampir 11 tahun baru saya berkesempatan melawat tempat tersebut kembali.
Assalamualaikum..
Bercerita tentang taman buaya Langkawi ini saya ingat kali terakhir pergi masa saya kecil dahulu.Selepas itu saya tak pernah ke sana sehinggalah saya pergi ke Langkawi pada penghujung tahun 2019 yang lepas.Banyak kenangan saya di Taman Buaya Langkawi ini pada zaman kanak2 dulu dan apabila ke sana lagi ia mengimbau kembali kenangan saya masa datang ke sana dahulu bersama keluarga.
Kali ini saya pergi bersama anak sedara saya pulak juga dengan mak dan ayah saya.
Ketika ke sana, selain dapat melihat buaya yang bermacam jenis, kami juga berkesempatan melihat pertunjukan buaya dan pertunjukan Jurassic Croc.
Pertunjukan Jurassic Croc π
Assalamualaikum..
Saya dan keluarga telah pergi ke Jitra, Kedah untuk menziarahi kawan2 di sana dan kami sempat singgah ke Langkawi juga pada waktu itu.
Saya nak berkongsi tentang percutian saya dan keluarga ke sana. Pada mulanya kami tidak merancang untuk ke sana tetapi ada pak cik sedara ajak ke sana dan kami ikut sahaja dia.Disebabkan pakcik sedara ini bawa kereta dia masuk sana, jadinya memang kami berjalan sakan juga kat sana.
Kebetulan saya memang dah lama tak ke Langkawi sejak kali terakhir pergi masa percutian dengan kawan saya Wani yang juga tinggal di Jitra Kedah dulu.Kesempatan kali ini ke Langkawi memang saya gunakan sebaik mungkin dengan melawat tempat2 yang menarik juga.Antara tempat yang menarik adalah Cable Car Langkawi.
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian kali ini adalah berkaitan aktiviti meraikan sambutan ulangtahun hari kelahiran salah seorang akak kelantan kesayangan saya iaitu kak Noor Hamidah atau saya panggil kak Midah.Akak ni saya kenal masa mula2 keje di RMC, UTM JB. Kemudian kami menyewa satu rumah dan menjadi semakin rapat selepas itu sehinggalah sekarang juga.
Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan jika kita dapat menggembirakan orang lain.Saya selalu juga ajak akak ni teman gi makan tengahari kadang2 kalau ingin makan di SDS, Skudai sekali sekala.
Suatu kebahagiaan jika kami ex-housemate dapat berkumpul bersama meraikan hari istimewa kak Midah. Walaupun masa yang diambil terlalu singkat sebab kami buat masa waktu makan tengahari pada hari bekerja, tapi ia cukup bermakna buat saya.Sekali lagi saya menempah kek coklat double indulgence dari kak Zah sebab kak midah memang suka kek coklat juga.
Assalamualaikum..
Sambutan syawal dengan kawan2 pejabat pada tahun ini berlainan sedikit sebab kami hanya berkesempatan meraikan bersama-sama dengan menjamu selera juadah menu hari raya di pejabat.
Disebabkan COVID-19, segala pergerakan adalah dihadkan semasa hari perayaan tersebut. Jadi, saya tidak berkesempatan berziarah ke rumah kawan2 pejabat yang lain dengan menikmati hidangan menu hari raya di rumah mereka.
Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.
Assalamualaikum..
Perkongsian kali ini adalah tentang aktiviti santai petang jalan2 di sekitar UTM Johor Bahru antara saya dan kawan2 pejabat yang lain.
Aktiviti ini bagi saya sangat2 menarik sebab bermula dengan jarak yang dekat dengan pejabat dan kemudian jauh sedikit.Selain itu, saya juga secara tak sengaja dapat menikmati pemandangan di kawasan2 yang jarang saya pergi atau singgah dan tempat2 lain juga dalam kampus UTM yang ada antaranya saya memang tak pernah lalu dengan berjalan kaki juga ke tempat tersebut melainkan melaluinya dengan menaiki kereta.
Assalamualaikum..
Pada 16 Ogos 2020, UTMDigital dengan kerjasama Kelab BUDI (Bakti Ukhuwah & Dinamik) telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 – UTMDigital Fun Walk.
Lokasi kami berjalan bermula dari depan Tasik Pejabat Kesihatan Universiti (PKU), UTM Johor Bahru bermula pada jam 7.45 pagi. Aktiviti ini disertai oleh staff UTMDigital.
Disamping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain kerana ia melibatkan staff dari pelbagai unit.
Sedikit perkongsian gambar pada hari tersebut:
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat2 direzekikan sahabat2 yang baik sejak dari sekolah lagi.Walaubagaimanapun, ingin saya ceritakan di sini kisah sahabat istimewa saya yang seorang ini.Nama dia Junaidah Binti Basir.Orang Kluang, juga selalu balik Kluang jika cuti hujung minggu.
Berjumpa Jun pada bulan Mac 2012
Ditakdirkan Allah, kami berjumpa pada tahun 2012 dlm bulan Mac macamtu.Ketika itu Jun baru je keje di Research Management Center(RMC), UTM Skudai, Johor.Saya pula sudah 2 bln lebih keje sejak melaporkan diri di RMC, UTM.Kami sama2 keje di Jabatan yang sama tetapi berlainan unit.Saya di unit IT dan Jun di Unit Projek.
Satu hari seorang staf di RMC menelefon saya bertanyakan jika saya ingin mencari kawan untuk menyewa rumah sebab Jun juga sedang mencari rumah sewa.Kemudian, kami memohon rumah Flat MBJBT. Alhamdulillah, syukur sangat2 lulus dan kami sempat duduk di situ sekejap.Ia adalah permulaan saya menyewa rumah dengan Jun.Pelbagai peristiwa dan pengalaman kami lalui bersama sejak dari itu.Pernah saya tumpang jun pergi keje menaiki motorsikal, saya menumpang kereta jun ke tempat keje dan macam2 lagi perkara yang kami lalui bersama, susah senang bersama.
Saya memang mudah untuk berkawan tetapi saya percaya, untuk mencari kawan yang istimewa dalam hidup kita sungguh susah dan payah.Tanpa sengaja, hari demi hari kami menjadi rapat.Paling saya suka tentang Jun adalah dia kawan yang akan menegur saya jika saya ada buat salah dan setiap teguran yang diberikan kepada saya adalah suatu yang betul dan perlu untuk saya perbaiki juga.Ia suatu yang amat berharga bagi saya sepanjang berkawan dengan dia.
Kemudian, kami menyewa di kawasan rumah Teres di Desa Skudai bersama kawan2 yang satu unit dengan saya dimana saya panggil mereka sebagai akak2 Kelantan sebab ketiga-tiga mereka adalah berasal dari Kelantan.Alhamdulillah, sekali lagi Allah rezekikan saya dengan kawan2 serumah yang sangat2 baik.Akak2 Kelantan ini iaitu Kak Midah, Kak Sal dan Kak Ina banyak membantu saya baik dalam urusan kerja atau urusan peribadi.Banyak saya kongsi dengan mereka dan Jun segala permasalahan dan cerita saya.Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang dan kesempatan kepada saya untuk terus berkawan dengan mereka sehingga sekarang.
Selepas itu, saya dan Jun terpisah sekejap di mana Jun menyewa di rumah lain dan saya di rumah kawasan lain juga, selepas kesemua akak2 Kelantan berpindah kerana masing2 sudah mendirikan rumahtangga.Pada waktu ini saya ok je sebab walaupun sudah tidak tinggal serumah dengan Jun, kami masih bekerja dalam jabatan yang sama di RMC, UTM di mana kami masih berjumpa di pejabat pada waktu kerja.
Berpisah dengan Jun pada bulan Ogos 2016
Kemudian, saya berpindah tempat keje di UTM KL pada bulan Ogos 2016 dan terpisah tempat kerja pula dengan Jun.Di KL, saya tinggal di Kolej Siswa Jaya.Rasa sunyi dan terasa kehilangan kawan seperti Jun buat sementara.Masa ini saya dapat rasakan saya tidak akan dapat kawan seperti Jun lagi.Alhamdulillah, Allah rezekikan saya dengan kawan sebelah bilik yang baik dan seperti Jun juga sifatnya.Dia juga akan menegur saya jika ada salah yang saya lakukan.Selain itu, kawan saya, Nazerah sangat2 baik sehinggakan dia mengajar saya pada mulanya bagaimana cara untuk pergi ke tempat kerja dari kolej dengan menaiki bas UTM dan cara2 nak menaiki LRT ke TBS terutamanya dan juga bagaimana cara nak menaiki bas dan LRT ke tempat2 lain di KL.
Berjumpa Jun kembali pada bulan Julai 2017
Alhamdulillah, selepas setahun saya di UTM KL, saya kene attachment di UTM JB.Pada ketika ini, Jun adalah kawan yang saya hubungi untuk tempat tinggal saya di JB.Saya memang berniat nak tinggal menyewa di rumah Jun sebab tiada kenalan lain yang saya rapat untuk tinggal buat sementara waktu ketika mula2 tiba di UTM JB semula waktu itu. Kemudian, Jun memberi cadangan untuk saya tinggal di rumah salah seorang akak yang berkerja di RMC kerana rumah yang Jun menyewa juga sudah penuh dan saya tinggal di rumah kak Zu untuk beberapa bulan.
Takdir Allah lagi, seorang kawan rumah yang Jun menyewa nak keluar dan akan ada satu bilik kosong di rumah dia.Jun mempelawa saya menyewa dengan dia di Taman Pulai Utama dan saya setuju.Sungguh saya tak sangka akan tinggal serumah dengan Jun lagi.Rezeki sungguh π
Kemudian, atas sebab tertentu, kami serumah buat keputusan untuk berpindah atas faktor keselamatan dan kami menyewa di Taman Universiti.Memang banyak kenangan sepanjang menyewa serumah dengan Jun.Sedih, gembira, teruja dan terharu pun ada juga.Memang istimewa sungguh kawan saya Jun ini.
Berpisah dengan Jun pada Mac 2020
Pada bulan Mac tahun 2020 saya dan Jun berpisah kembali sebab Jun menyewa di tempat lain dan saya pula berpindah ke tempat lain.Perasaan pada kali ini berbeza seperti nak berpisah sebelum ini.Sejujurnya, saya rasa amat sedih dan perasaan ini sudah saya rasai beberapa bulan sebelum kami betul2 keluar dari rumah di Taman Universiti tersebut.Namun, saya redha atas ketentuan Allah ini dan percaya ini adalah yang terbaik dan mungkin ada hikmah disebaliknya.
Berjumpa Jun kembali pada bulan Jun 2020
Takdir Allah lagi, pada bulan Jun 2020, seorang kawan rumah saya keluar dan ada satu bilik kosong di rumah saya.Saya pula mempelawa Jun tinggal menyewa di rumah sewa saya dan Jun setuju.Alhamdulillah, kami kembali tinggal serumah.Alhamdulillah, rezeki sungguh dapat kawan serumah Jun lagi.Masa ini saya memang kena cari rakan serumah untuk bilik kosong tersebut.Saya hanya berdoa supaya direzekikan kawan serumah yang baik itu sudah mencukupi tetapi Allah bagi kawan serumah adalah Jun.Sungguh di luar jangkaan saya dan bagaikan mimpi pula rasanya.Tapi ia memang realiti yang sebenarnya.
Berpisah dengan Jun pada Disember 2020
Kemudian, Jun dapat rumah sewa lain di kawasan perumahan yang lebih dekat dengan tempat kerja dia.Jadi, dapat saya rasakan dia sangat berat hati untuk memberitahu saya akan niat dia untuk berpindah. Alhamdulillah, selepas dia memberitahu saya sebab dia hendak berpindah ke rumah lain, saya dapat menerimanya dengan tenang dan baik.Perasaan kali ini berbeza dengan sebelum ini masa kami nak berpisah ketika tinggal di Taman Universiti.Masa dulu rasa berat sungguh hati.Tapi, kali ini saya rasa tenang.Saya redha dengan ketentuan Allah atas perpisahan kami tidak tinggal serumah lagi sekarang ini. Inshaa Allah, ada rezeki dan kelapangan saya dan Jun pasti akan berjumpa lagi nanti.
Recent Comments