Archives for December 2020

..::Sambutan Ulangtahun Kelahiran Adam::..

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah berkaitan sambutan ulangtahun kelahiran anak saudara saya yang sulung iaitu Muhammad Adam Faris.Alhamdulillah, sambutan yang sederhana tapi amat2 bermakna.Tarikh 16 September yang merupakan hari cuti umum juga adalah baik sebab kami juga cuti dan berkesempatan untuk meraikan dengan ahli keluarga terdekat.

Kek istimewa yang ditempah dari Kak Zah atau instagram akak ni zahcahayamuis juga adalah yang terbaik sebab dia bole buat ikut tema yang kita mahukan.Kali ini saya menempah kek tema angkasa dan ia sangat2 cantik dan sedap!!! 🙂

Adam, Arissa dan nenek wan
Adam tak suka gambar dia jadi angkawasan.C.EE print utk surprisekan dia.hehhehe..
Adam dan adik dia, Arissa

.::Berkelah dengan kawan2 di Sedili Kota Tinggi::.

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian percutian saya dan kawan2 pejabat ke Sedili Kota Tinggi.Aktiviti perkelahan kami di sana untuk satu hari sungguh menarik.Walaupun penuh seharian di sana pada waktu siang, memang sesuatu yang menyeronokkan.Alhamdulillah, dari pagi sehingga pukul 3 lebih petang macamtu cuaca baik dan kemudian mendung dan mulai hujan pada sebelah petang.

Kami bertolak pada waktu pagi dan sampai pada jam lebih kurang pukul 9 lebih macamtu.Kemudian kami mula aktiviti mendirikan khemah dan menghidupkan api untuk bbq pula.Kemudian, sambil menunggu kawan2 lain yang mandi manda di pantai, kami teruskan aktiviti dengan bermain kad uno.

Pemandangan yang sungguh cantik dan air pantai yang tenang juga sungguh mendamaikan walaupun di bawah matahari yang panas waktu itu.

.::Songket::.

Assalamualaikum…

Sesi bergambar warga UTMDigital UTM Johor Bahru bersama Pengarah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 dan Sambutan Hari Malaysia 2020 adalah bertemakan baju kebangsaan songket.Menarik juga tema kali ini sebab kami juga jarang berbaju songket datang ke pejabat.

.::Mersing::.

Assalamualaikum..

Sejak dari kecil lagi saya dan keluarga sering ke pantai.Masa menetap di Kedah kami selalu ke Langkawi disebabkan ada sepupu ayah saya yang bekerja di situ dan kami menginap di rumah dia jika ke sana.

Kemudian, apabila berpindah di Johor, ayah saya suka membawa saya sekeluarga ke pantai di Mersing dan Kota Tinggi untuk makan angin apabila hari cuti terutamanya cuti umum.Sudah menjadi kebiasaan, sehingga sekarang pada hujung minggu jika berkelapangan saya akan ke pantai di Mersing dan Kota Tinggi pula untuk makan angin.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar kenangan percutian saya di Pantai Air Papan, Mersing.

.::Syawal 1441H::.

Assalamualaikum..

Sambutan hari raya saya sekeluarga pada tahun ini berbeza sedikit kerana norma kehidupan yang baru disebabkan Covid-19.Pagi raya kami sekeluarga beraya di rumah sambil menikmati hidangan menu hari raya.

Selepas itu kami sekeluarga ke rumah nenek kami di Felda Ayer Hitam, Johor.Di rumah nenek pon kami bergilir-gilir datang dengan sanak saudara yang lain kerana hanya dibenarkan cuma 20 orang tetamu sahaja dalam satu masa untuk datang berziarah.

Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini sedikit suram sebab tiada aktiviti marhaban dan ziarah rumah ke rumah seperti tahun2 sebelum ini, ia juga suatu yang bermakna buat saya sebab masih berkesempatan menyambutnya dengan ahli keluarga saya , dengan mak,ayah dan adik beradik saya juga.

..::Sahabat::..

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ni adalah tentang kawan2 sekolah saya.Alhamdulillah, setelah sekian lama kami dapat berkumpul dan berjumpa ketika sama2 menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat sekolah kami, Azila pada Januari 2020.

Tengah2 kami berkumpul dan berbual, terjumpa pula dengan ustazah Kamariah yang mengajar kami subjek Pendidikan Islam semasa di tingkatan 1.

Bergambar dengan pasangan pengantin dan adik beradik kawan saya Azila.Sejak dari saya sekolah rendah lagi dah kenal dengan keluarga azila ni.
Bergambar dengan kawan sekolah rendah dan menengah
Ni pulak kawan masa sekolah agama, Haziqah.

Ni gambar paling berharga sebab ada ustazah Kamariah yang mengajar kami ketika di Tingkatan 1.

Berjumpa jiran lama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sejak saya sekeluarga berpindah ke Johor dari Kedah, kami direzekikan jiran2 yang sangat2 baik.Disebabkan ayah saya bekerja sebagai polis, kami sekeluarga memang selalu berpindah.Selama 16 tahun kami tinggal di Jitra, Kedah.Walaupun saya tinggal di kedah sehingga berumur 8 tahun, tapi saya masih menghubungi beberapa jiran di Taman Damai Jaya, Jitra juga sekarang ini jika sesekali ada ke Kedah untuk berjumpa mereka.Saya sekeluarga mula berpindah dari Jitra, Kedah ke Kluang , Johor pada penghujung tahun 1997.Sekarang masih ada jiran yang masih tinggal di sana dan ada yang sudah berpindah ke taman lain juga.

Ini antara kenalan yang saya akan pergi berjumpa jika berkesempatan apabila pergi ke Jitra, Kedah

Januari Tahun 2017-Bergambar bersama keluarga kak ayu yang juga anak pak lang yang kami kenali sejak tinggal di Jitra, Kedah.
Januari Tahun 2017-Bergambar bersama Umi Hakim, yang dahulunya adalah jiran sebelah rumah semasa saya sekeluarga tinggal di Taman Damai Jaya, Jitra, Kedah.
November 2017-Bergambar dengan keluarga Umi Hakim(nama anak sulung umi yang depan sekali tu juga antara anak umi yang mak saya pernah mengasuh dulu sehingga dia berumur 4 tahun masa kami berpindah) masa ni mereka dtg ke rumah kami di Ayer Hitam, Johor.
Disember 2019- Bergambar dengan Wani dan anak dia.Wani ni kawan sejak dari tadika lagi juga kawan sepermainan saya masa zaman kanak2 dulu.Alhamdulillah, masih berkawan dengan dia hingga sekarang.Walaupun jarak kami jauh ia tidak menghalang saya untuk terus berhubung dengan dia.Rezeki sungguh dapat jumpa dia setiap kali saya ke Jitra, Kedah.

Tempat pertama yang saya pindah di Johor adalah Berek Polis di Kluang.Pelbagai pengalaman yang kami lalui termasuklah pernah salah sebuah rumah jiran kami terbakar.Di sini, memang semangat kejiranan yang tinggi juga.Walaupun saya tinggal di tingkat 3, Blok A, tapi kawan saya ada dari semua blok, antaranya dari Blok A, Blok B , Blok C dan Blok D.Selain itu, jiran saya juga ada dari kaum lain selain melayu.

Kemudian , pada tahun 2001, kami dari berek polis ini dipindahkan ke Taman Perumahan Polis Padang Tembak yang baru siap dibina pula.Ini adalah kawasan perumahan anggota polis yang baru menggantikan berek polis lama.Majoriti kejiranan saya di Taman Perumahan Polis Padang Tembak adalah jiran yang dari Berek Polis lama dan ada juga jiran2 baru yang dari daerah lain.Bilangan blok juga adalah lebih banyak berbanding berek polis yang lama.Walaupun sejak tahun 2012 kami sekeluarga sudah berpindah keluar dari Taman Perumahan Polis tersebut, kami sekeluarga masih berhubung juga dengan jiran2 lama yang masih tinggal di Taman Perumahan Polis Padang Tembak ketika itu.Sekarang pada tahun 2020, ramai yang sudah bersara dan ada antaranya yang berpindah ke taman , daerah dan negeri lain juga.Walaupun begitu, media sosial seperti facebook dan instagram serta mesej di aplikasi whatsApp adalah penghubung kami untuk saling berhubung antara satu sama lain.

Bergambar kenangan dengan jiran lama.Menghadiri jemputan walimatulurus anak kedua(kawan saya (Munirah@Kak Ngah)) jiran kami C.Ani di Kluang.Masa ni datang bersama C.Amy iaitu jiran depan rumah saya di Taman Perumahan Polis Padang Tembak dan C.fidah iaitu jiran selang beberapa rumah dari rumah saya tapi masih di blok yang sama, BLOK A.
Alhamdulillah, rezeki kami dapat berjumpa lagi dengan C.Ani (yang pakai cermin mata di tengah) dan yang hujung sekali di sebelah kanan adalah jiran kami juga C.Fidah.

Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara saya dan keluarga dengan mereka semua Allah pelihara dan berkati selamanya.

Inshaa Allah 🙂

Penginapan di Pulau Tioman

Assalamualaikum..

Di Pulau Tioman terdapat banyak tempat2 penginapan yang boleh kita duduki ketika bercuti di sana.Ketika saya ke sana menghadiri jemputan majlis perkahwinan, rumah sepupu saya di Kg.Juara.Jadi, kami menginap di chalet2 yang berhampiran dengan rumah pengantin di Kg.Juara.

Sungguh tidak mengecewakan menginap di sini kerana chalet2 yang terdapat di sini kebanyakannya berhampiran kawasan pantai sahaja dan harga juga murah untuk semalam.Ketika saya ke sana, saya menyewa chalet di Beach Shack Chalet dan Permata Beach Chalet.

Pemandangan dari Permata Beach Chalet ni mmg terbaik , cantik view pantainya dari kawasan bilik yang sy menginap.Betul2 berdepan dengan pantai.Juga merupakan sebuah kenangan yang tak akan saya lupakan.

Buai ni betul2 berdepan dengan kedai makan di Beach Shack Chalet.Makanan pon sedap dekat kedai makan di sini.
Disebalik pokok kelapa tu terdapat antaranya adalah Permata Beach Chalet.Betul2 mengahadap pantai chaletnya.
Pemandangan dari dalam bilik.Sungguh indah dan cantik!! 🙂

.::Taman Laut Pulau Tioman::.

Assalamualaikum..

Perkongsian kali ini adalah tentang lawatan saya ke Taman Laut Pulau Tioman.Taman Laut ini best juga.Selain kita bole buat aktiviti snorkling, kita juga bole buat aktiviti bagi makan ikan.

Di sekitar kawasan tempat itu juga terdapat gerai2 untuk kita menyewa kelengkapan snorkling dan ada juga gerai2 jualan makanan.Tempatnya memang bersih dan terjaga.Pertama kali saya sampai di sini dan ianya memang tempat yang menarik juga untuk dilawati jika sudah sampai ke Pulau Tioman.

..::Percutian ke Pulau Tioman::..

Assalamualaikum,

Tahun 2020 ini merupakan tahun di mana saya dan keluarga lebih banyak pergi bercuti ke pantai.

Rasenya saya tidak pernah ke Pulau Tioman.Jadi, pada bulan 3 tahun 2020 sy berkesempatan bercuti di sana atas urusan majlis perkahwinan sepupu saya di Kg.Juara, Pulau Tioman.Alhamdulillah, rezeki juga dapat ke sana menikmati pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah.

Kebiruan dan kejernihan air pantai di Kg.Juara mmg tak dapat saya lupakan sampai bila2..sebuah pengalaman yang cukup indah dan best.

Sedikit perkongsian pengalaman saya ke sana ye 🙂

Bergerak seawal pagi ke Mersing dan menaiki feri ke Tekek, Pulau Tioman .Setibanya di tekek kami menaiki kenderaan jenis HILUX untuk ke Kg.Juara pulak.Perjalanan ke Kg.Juara memang mencabar disebabkan jalannya yang berbukit.

kenderaan yang digunakan untuk melalui jalan menuju ke Kg.Juara, Pulau Tioman.
Ni baru je turun dari feri sampai di jeti Tekek, Pulau Tioman.