Assalamualaikum,
Bermulanya penghujung bulan 1/2021 adalah PKP di beberapa negeri termasuklah Johor salah satunya.Jadinya kami diarahkan bekerja dari rumah sepenuhnya untuk masa itu.Kehadiran staf ke pejabat adalah mengikut peratusan yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 30% dan mengambilkira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
Disebabkan masa banyak berada di rumah dan kami tidak dibenarkan keluar kecuali ada urusan penting, saya lebih banyak masak makanan berbanding membeli di luar.Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan pada waktu itu bermula dengan online coaching pemakanan sihat dan amalan gaya hidup sihat.Dalam program tersebut adanya coach-coach yang terlatih dan berpengalaman yang memberikan tunjuk ajar cara-cara mengawal pemakanan dan memperkenalkan saya dengan makanan-makanan yang sihat dan dalam masa yang sama mengenyangkan.Bagi orang yang sangat suka makan seperti saya agak banyak ilmu baru yang saya perolehi ketika itu.
Program tersebut adalah melalui whatsapp group yang mana kita akan dipantau oleh coach untuk pemakanan seharian yang kita makan dan diberikan resepi jugak oleh coach untuk kita ikut cara masakan yang disediakan.
Alhamdulillah, setelah dua bulan menyertai program tersebut, saya bersyukur telah dapat cuba konsisten mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sehingga ke hari ini.Amalan saya adalah pada permulaan kawal makanan bergula, bergoreng dan yang mengandungi garam yang tinggi.Bukan tak makan langsung tapi makan jugak sesekali.Selain itu, selepas kawal pemakanan dalam 3 bulan lebih dan berat badan sudah menurun sedikit, saya mula dengan exercise setiap hari dengan berjoging atau berlari di treadmill setengah jam pagi dan setengah jam petang.
Selepas naik kerja sepenuh masa di pejabat, saya cuba cari kesempatan masa untuk berjoging pada waktu petang selepas balik kerja dan seminggu sekali berbasikal.
Masuk bulan 12/2012 adalah genap 10 bulan saya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat ini.Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan saya kini telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 16kg.Apa yang saya pelajari dan mengambil pengajaran daripada coaching yang saya join ini adalah ilmu pemakanan yang sihat yang paling berharga buat saya dan apabila kita konsisten terus mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, Inshaa Allah, bonus jika kita dapat menurunkan berat juga.Paling penting niatkan untuk sihat dan ingin berubah ke arah yang lebih baik.
Believe in yourself and never give up!!
Berikut antara menu-menu yang saya pernah cuba sediakan sendiri.Semoga bermanfaat untuk semua mencuba juga.
Recent Comments