..::Sambut Birthday Mak Tersayang::..

Assalamualaikum,

Pada 09/03/2021 adalah hari ulangtahun kelahiran mak kesayangan saya.Alhamdulillah, kejutan menjadi sebab dapat bawa mak sambut hari istimewa dia dengan kawan-kawan jiran lama yang sama-sama tinggal di Taman Perumahan Polis Padang Tembak lama dulu.

Mak nampak sangat happy hari itu.Macam reunion mak dengan kawan-kawan lama dia.Walaupun ada yang dah pindah jauh luar dari daerah Kluang, Allah permudahkan kami berjumpa.Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Bukan mak sahaja yang menyayangi jiran-jiran ini semua tetapi saya juga sangat menyayangi mereka semua.

Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin ini sentiasa diberkati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga.

Speak Your Mind

*