Assalamualaikum,
Pada 17 April 2021 adalah ulangtahun kelahiran saya dan satu-satunya adik perempuan saya.Kami dilahirkan pada tarikh yang sama tetapi berlainan tahun.Sangat istimewa.Sambutan ulangtahun kelahiran kami pada tahun ini dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadinya kami hanya menyambut di rumah sahaja.Disebabkan kali ini saya lebih kepada pemakanan sihat, saya membuat kek buah sendiri untuk hari istimewa tersebut.
Selain itu, jiran lama yang pernah sama-sama tinggal di Perumahan Polis Kluang, Cik Amy dari Segamat juga ada menghadiahkan kami kek brownies dan tak lupa juga kawan baik saya yang dari Shah Alam, Nazrah kebetulan ada di Johor pada bulan tersebut sempat sama-sama meraikan hari ulangtahun kelahiran saya ini juga.
Setibanya di pejabat pula, Anis, Kak Midah dan Kak Ina kawan dari unit lain dan jabatan lain yang dulunya kami pernah bekerjasama di bawah satu Jabatan datang ke pejabat saya meraikan bersama.Kak Midah sempat menyediakan hadiah buat saya.
Selain itu, ex-housemate saya , Aida juga sempat mengirimkan hadiah buat saya walaupun kami jarang dapat berjumpa sekarang ini selepas masing-masing berpindah.Ex-housemate lagi seorang, Jun juga sempat meraikan hari istimewa saya ini dengan menghadiahkan saya pelbagai jenis kek.
Balik dari kerja, saya dan beberapa orang kawan pejabat berbuka puasa diluar dan mereka juga sempat meraikan birthday saya dan seorang lagi kawan, Emy.
Seorang lagi kawan saya yang saya kenal sejak tahun 2010 lagi, Kak Fida juga sempat menjemput saya untuk ke rumah dia berbuka puasa dan juga meraikan hari istimewa saya dengan menghadiahkan saya kek brownies.
Alhamdulillah, saya bersyukur dapat meraikan hari istimewa saya bersama insan-insan yang saya sayangi.Semoga Allah sentiasa memberkati ikatan silaturrahim yang terjalin ini.Semoga Allah juga sentiasa mengurniakan rezeki yang luas dan diberkati juga buat kita semua.
Recent Comments