Archives for December 29, 2021

..::Aktiviti Berbasikal::..

Alhamdulillah..pada 18/11/2021 saya telah selesai kayuhan santai-santai petang 14.9km..best jugak berbasikal ni sambil-sambil ambil angin segar..?
Tanpa disedari jauh juga pergi kali ini…?

Checkpoint 1 – Stadium UTM
Checkpoint 2 – Pintu keluar UTM Senai
Checkpoint 3 – Pintu gerbang UTM
Checkpoint 4 – UTMDigital

Terima kasih pada kawan juga yg sudi teman dan menunggu kita yang lambat ni asyik tertinggal je dekat belakang..hahaha?

Cuaca juga baik dan mengizinkan kami berkayuh..Semoga Allah terus mempermudahkan segala urusan selepas ini..Inshaa Allah..Aamin Yaa Rabbala’alamin..

#iambeginner
#funride
#18112021

..::Resepi Barli Goreng::..

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi resepi barli goreng.

Bahan2:
Bawang kecil 6 biji
Bawang putih 3 ulas
Barli
Cili padi 5 batang
Ikan bilis
Telur 2 biji

Cara memasak:
1) Tumbuk kesemua bahan kecuali barli, telur dan ikan bilis
2) Ikan bilis masak guna air fryer
3) Rebus barli hingga kembang
4) Panaskan sedikit minyak olive oil dalam kuali dan goreng telur
5) Asingkan telur dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk tadi.
6) Masukkan barli yg telah direbus dan telur yg telah digoreng
7) Masukkan sedikit garam
8) Kacau dan siap untuk dihidang

Selamat mencuba =)