Archives for December 30, 2021

..::Santai Malam di Eco Ardence, Setia Alam::..

Assalamualaikum,

Sebelum ke majlis pertunangan kawan baik saya pada keesokannya, saya sempat dibawa jalan-jalan di Eco Ardence, Setia Alam pada waktu malam oleh seorang kawan baik juga, Fatin.Ini merupakan pengalaman pertama saya pernah sampai ke sini.Sangat cantik pemandangan di disini dan lebih kepada tempat untuk santai-santai bersama keluarga ataupun boleh juga mengayuh basikal di kawasan ini.

..::Lirik Lagu Kepastian-INTEAM::..

Haa-aa haa-aa haa-aa

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia?
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Siapakah yang lebih mulia?
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
Hou-uo-uo-oo

Siapakah yang lebih mulia? (Lebih mulia)
Dari mereka yang tidak lupa (mengingati-Nya)
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

..::Hadiah Daripada Sahabat Baik::..

Assalamualaikum,

Dalam musim COVID-19 ini, aktiviti saya dengan kawan-kawan untuk keluar bersama juga agak terbatas kerana masing-masing perlu melindungi diri dari virus covid-19 ini dengan mengurangkan pergerakan atau pergi ke tempat-tempat yang ramai orang.

Oleh itu, setelah naik keje di pejabat sepenuhnya, kawan baik saya, Junaidah telah datang sendiri ke pejabat saya dan memberikan hadiah yang sungguh istimewa ini.Set telekung yang disulam nama saya dengan warna yang lembut sungguh cantik dan menarik.

Semoga Allah terus kurniakan rezeki yang diberkati buat sahabat baik saya Junaidah dan hidup sentiasa diberkati Allah.

..::Lirik Lagu Kehidupan-INTEAM::..

Assalamualaikum,

Hayati lirik lagu Kehidupan by INTEAM ini.Lagu ini membuatkan saya muhasabah diri juga.

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam (malam), datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan
Untuk kebaikkan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti
Tak berkesudahan
Apa guna sesalan?
Hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawah, putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya, kabus
Tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar
Ataupun sebaliknya?

Kesenangan yang datang (kesenangan yang datang)
Selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan (dari Tuhan)

Gunakan kesempatan (gunakan kesempatan)
Untuk kebaikan (kebaikan)
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti (menyesal nanti)
Tak berkesudahan (tak berkesudahan)
Apa guna sesalan?
Hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus
Tak perpanjangan
Setelah kabus berlalu
Pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar
Ataupun sebaliknya?

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar
Ataupun sebaliknya?

Kesenangan yang datang (kesenangan yang datang)
Selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan (dari Tuhan)

..::Dulu dan Kini::..

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian di mana saya ingin berkongsi tentang baju korporat UTM yang merupakan satu-satunya baju yang saya tempah dengan ukuran badan.Selama ini baju saya banyak dijahit oleh mak saya dan ada juga yang saya beli secara online yang dah siap jahit.

Baju korporat UTM yang maroon ini sedikit berbeza dan istimewa buat saya sebab saya tempah khas dengan tukang jahit yang sudah berpengalaman lama dan juga kemas jahitannya.Kainnya juga adalah jenis kain yang sangan lembut dan licin.

Sebelum ini baju korporat UTM yang berwarna putih saya beli yang sudah siap dijahit satu dan satu lagi saya hantar tempah untuk dijahit tetapi dengan menjadikan baju yang pertama tadi sebagai baju contoh.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah bezanya saya memakai baju korporat UTM yang warna maroon(baju korporat UTM terkini) adalah baju dan orang yang sama tetapi kali ini apabila saya memakainya ia kelihatan sedikit besar. Ini juga adalah hasil saya mengawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.

Semoga Allah terus mempermudahkan urusan saya dalam mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat ini berpanjangan.Aamin Yaa Rabbala’alamiiin.

..::Sambutan Ulangtahun Anak Sedara Kesayangan Anati Humaira::..

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan diri ini sempat juga sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran anak sedara saya Anati Humaira.Disebabkan musim COVID-19 ni lebih selamat untuk buat sambutan di rumah sahaja.Walaupun begitu, kami masih dapat menyambutnya dengan meriah bersama ahli keluarga terdekat.Alhamdulillah.

..::Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Sedara Adam::..

Assalamualaikum,

Pada tarikh 16/09/2021 adalah Hari Malaysia buat semua Rakyat Malaysia.Jadinya, semua orang di Malaysia cuti.Pada hari istimewa ini juga adalah hari ulangtahun kelahiran anak sedara kesayangan saya,Adam.

Alhamdulillah, syukur sngt2 diberi peluang n kesempatan jua meraikan hari istimewa anak buah kesayangan ?
Pertemuan yang singkat je dalam setengah jam macamtu tp amat2 bermakna?
Realiti kehidupan dalam norma baharu musim pandemik skrg ni yg harus kita tempuhi n jalani…apapon just enjoy your journey n jgn stress2 ya!!!?
Semoga kita semua terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan hidup sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..❤

Semoga Adam dikurniakan umur yang panjang dan diberkati,terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh??

#birthdayanaksedarakesayangan
#syukurselalu
#pikachucake

..::Sambutan Ulangtahun Kelahiran Nenek Kesayangan::..

Alhamdulillah, pada tarikh 14/11/2021 adalah hari ulangtahun kelahiran satu-satunya nenda kesayangan saya.Didoakan semoga nenek dipanjangkan umur dlm keberkatan dan sentiasa sihat..dikurniakan rezeki yg diberkati dan sentiasa bahagia baik di dunia mahupon di akhirat kelak..Aaminn Yaa Rabbala’alamin..?❤???

Lama dah plan nk sambut birthday nenek ni..sampaikan ingat birthday nenek jatuh hari deepavali aritu..?

Sesekali buat sendiri surprise gift…penuh cabaran utk org br nak try buat gift ni..belon je dah 2 kali pecah n yg jd ni belon ke 3?..gigih jugak diri ni nk jugak bg balloon surprise gift hasil air tangan sendiri n adik jugak..kene bnykkan lagi latihan buat surprise gift ni…❤❤

ALHAMDULILLAH..Akhirnya menjadi jugak surprise gift balloon ni n selamat dah sampai kat tuannya..kejutan pon menjadi n yg penting nenek pon happyy???

#nicememory
#14112021

..::Lirik Lagu Hamzah Asadullah-INTEAM

Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyrikin
Sedang darah para syuhada
Masih merah di lantai sirah

Ketamakan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah (maka Allah) menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka

Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan (kepiluan beratapan)
Menangisi satu kehilangan

Dan setelah dikenal pasti
Dia Hamzah, perisai Nabi
Biar nyawa dikorbankan (biar nyawa dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat

Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah

لا إله إلا الله
لا إله إلا الله
لا إله إلا الله
هو سيدنا حمزة أسد الله
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang, berkorban demi Allah

Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan (kepiluan beratapan)
Menangisi satu kehilangan

Dan setelah dikenal pasti
Dia Hamzah, perisai Nabi
Jiwa raga dikorbankan (jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat

Sudahkah puas hatimu, Hindon?
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat?

Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah

هو سيدنا حمزة أسد الله
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang, berkorban demi Allah
لا إله إلا الله
لا إله إلا الله

..::Jogging Pada Hari Konvokesyen UTM ke 64::..

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian saya dan kawan-kawan berjoging pada hari konvokesyen UTM ke 64.Ia juga merupakan sebuah pengalaman baru buat saya.Kalau dulu, saya orangnya yang malas untuk bersukan kini lebih gemar berjogging pada waktu petang.Pada hari konvokesyen sedang berlangsung tersebut, saya dan kawan-kawan berjogging sekitar tasik UTM dan melalui dataran kawad yang mana sepanjang perjalanan kami meriah dengan para graduan dan keluarga masing-masing bergambar.

Saya juga teruja dan bangga melihat para graduan memakai jubah konvokesyen manandakan mereka telah tamat pengajian dengan jayanya dan telah berjaya menggenggam segulung ijazah.Akhirnya segala penat lelah graduan terbayar dengan tamatnya pengajian mereka di UTM.

Kelihatan sungguh ramai para graduan yang sudah selesai majlis konvokesyen mereka ketika saya lalu ketika itu dan kami juga tidak melepaskan peluang bergambar di photo booth yang disediakan di sekitar tasik UTM.

Tahniah kepada semua para graduan UTM!!